Tuesday, November 11, 2014

Danish dikejar anjing!

Sebelum basi, baik saya cepat2 sambung kenangan pahit masa kami bercuti bulan awal bulan September lepas.
Rasa macam baru jer tulis entry tu, tapi tak sangka dah berlalu dua bulan lepas.
Ni dah masuk bulan November pun.
Haih, cepatnya masa berlalu.
Di satu sisi, rasa seronok sebab dah tak lama nak balik M'sia.
Tapi di satu sisi yang lain, rasa seram pun ada...
Sempat ke tak nak tulis tesis dalam tempoh lima bulan yang masih berbaki???
Perancangan dengan penyelia masa meeting minggu lepas saya kena siapkan tesis awal bulan April.
Jadi sempat viva dan buat correction sebelum back for good akhir Jun nanti.

Sebab tu saya tak sempat sgt nak BW sangat akhir2 ni.
Kadang2 tu, touch and go jer tanpa tinggalkan komen.
Tapi bila kawan2 tetap berkunjung dan tinggalkan komen, mula lah rasa bersalah :(
Maafkan saya mommies2 sekalian....

Bila dah mula mencoret, pengenalan pun dah berjela-jela..
Ok, back to the story kenangan Danish dikejar anjing ni.
Disebabkan kejadian tu, Danish jadi sangat fobia dengan anjing.
Tiap kali nampak anjing, dia terus menjadi cemas dan akan menangis.
Tapi saya masih cuba beri dorongan untuk mengubati rasa cemas dia tu.
Harapnya fobia tu tidaklah berpanjangan.

Macam mana boleh kena kejar tu?
Alkisahnya, masa petang kami bermalam di caravan tu saya bawa lah budak2 ni pergi ke pantai yang berdekatan sebab teringin nak main air pantai.
Dapat celup2 kaki dan jalan-jalan kat gigi air pantai pun dah rasa nikmat, kan?
Jadi yang follow trip ke pantai petang tu cuma dua dewasa dan lima orang kanak-kanak.

Budak2 ni macam biasa, mereka yang terlebih eksaited.
Laju jer berjalan depan kami ni...
Tengoklah Danish, dia dah makin jauh ke depan.
Si abang lagi lah langsung tak nampak bayang....
Letak juga signboard nama pantai....
Dah sampai kat pantai, lagi lah mereka makin teruja....
Cuaca masih cerah tapi gambar gelap mungkin sebab menghadap cahaya matahari.
Disebabkan saya bercadang nak main air, jadi saya suruh gegirl ni tanggalkan kasut kat sini supaya kasut tak basah.
Sempat snap sekeping gambar yang terakhir sebelum berlakunya tragedi....
Lepas jer saya snap gambar ni, terdengar Danish menangis.
Bila saya berpaling, kelihatan Danish sedang berlari ke arah saya kerana dikejar anjing.
Saya tak berani nak berlari ke arah Danish sebab saya perasaan ada dua ekor anjing di belakang saya.
Jadi saya tunggu jer Danish berlari ke arah pangkuan saya dan cepat2 peluk Danish.
Terus anjing tu berlalu bila Danish berada di pelukan saya.
Belum sempat saya menenangkan Danish, tiba-tiba ternampak rakan Irfan juga dikejar anjing.
Saya cuma mampu jerit agar jangan lari agar anjing tu berhenti mengejar.

Dalam masa yang sama, kawan Aisyah (Sephia) juga dikejar anjing.
Hah sudah, salah satu anjing di belakang kami tadi sedang mengejar Sephia dan Sephia lari dengan laju sekali.
Saya yang masih tergamam dgn Danish yg masih menangis di pangkuan jadi buntu tak tahu nak buat apa.
Aisyah pula sedang memegang erat kaki saya.
Tiba-tiba Sephia jatuh terjelepuk dan sambung lari.
Baru owner anjing tu sedar yg Sephia bukan nak main2 tapi sedang berlari ketakutan.
Lepas tu baru dia panggil anjingnya dan berhenti mengejar Sephia.
Kesian pula tengok keadaan Sephia.
Dah la ibu dia tak ikut sekali.
Tiada pelukan dari ibu yang dapat menenangkan dia.
Jadi kawan saya cuba memeluk dan menenangkan Sephia.
Sephia terus mengajak balik dalam esakan tangisan.
Kami pun terus beredar pulang ke caravan dari pantai yang meninggalkan kenangan pahit buat anak-anak.

Itulah kenangan pahit yg saya maksudkan dalam entry ni.
Sekarang ni tiap kali kami nak bawa Danish keluar jalan-jalan, tiap kali itu lah Danish akan tanya, "Kat sana ada anjing tak?".
Danish masih lagi fobia dengan anjing.

NuKilaN:
 

17 comments:

  1. Oloh2. Pasti keadaan masa tu cukup cemas. Saya pernah juga, tapi sikitla. Masa ada kucing mencakar kaki Naim berkali2 sampaikan Naim nak duduk atas riba saya sampai kami balik. Budak2 ni mudah fobia, eh kita pun kalau kena situasi yang menakutkan pasti jadi fobia. Orang kaum lain ni kadang2 dia main2 gitu je dengan pet diorang, tertak perasan kita yang tak biasa ni mudah takut pet dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meme cemas be do oh... tiga orang kena kejar dalam masa satu minit...
      Itu lah, tak semua orang tahu yg kita yg muslim ni sgt takut dgn anjing....
      bukan takut kena gigit, tapi malas nak samak menyamak....

      Delete
  2. Ya Allah I cannot imagine... I pun takut dengan anjign tau tapi kena buat2 berani sebab tak nak anak2 takut dengan anjing.. tapi tak nak jugak dorang pergi main2 ngan anjing. Tapi kan, dalam takut2 baca enty ni, tetap tergelak tang u tunggu danish sampai kat u tu, hihihi sebab kalau I pun, tak tau nak buat apa kot... sini hari tu kat park ada budak kena gigit anjing, so jadi issue jugak la kejap sebab dorang patut kena jaga elok2 anjing dorang ni..

    ReplyDelete
  3. eh jap... (sambung komen) dah nak balik Malaysia??? No!!!!! wlaupun kita tak der la dekat sangat, tapi kenapa I rasa macam tak rela lepaskan u guys balik malaysia ni? rasa macam... ilang kawan semusim... aloooohhhhh stay la longer.

    ReplyDelete
  4. Mama JJ, sampai hati u gelakkan ai.... cemas sgt tau bila tgk danish berlari lari, tiba2 jer dia dah sampai kat dalam pelukan ai... Mmg tak berani lari sbb ada dua ekor lagi anjing kat belakang... tapi tak sangka, anak dara yg kat belakang pula kena kejar.... huhuhu

    Me too will miss u guys even more... lepas ni jenguk your blog aje lah lepas rindy=u kat negara 4 musim ni.... Itu lah, lepas ni time zone kita mengomen dah tak sama lah.... dok cukup duit weh nak duduk lamo2.... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sian Danish ...mesti fobia abis dia kan ...

    Dah nak balik ke Malaysia ke ... ? selamat kembali ke tanah air tercinta gitu :D

    ReplyDelete
  6. sungguh mendebarkan..sampaai 3 org kena kejar anying tuh..sib baikdanish sempat sempat kat ummi..

    yeayyy..gelang sipaku gelang..gelang sirama2 ..pulang marilahpulang..marilahpulng bersama2...tak lama dah rs, ms cepaat jer berlalu dlm dok sibuk buat thesis tgk2 dh 5 bln..yg sy nie 2 minggu lg dirskan spt 2 bulan..iiisshhh..iiisshhhkkk *()*

    ReplyDelete
  7. Ada pengalaman fobia masa kecil jgak kena kejar anjing...takut gila...lepas tu guru ngaji ajar jangan takut, jangan lari dia suh baca ayat ini kuat2 summung bukmung umyun fahum layarjiunn....dia kata utk semua binatang yang kita takut....masa baca tu memang anjing tu berenti mengejar pastu pandang semacam....gamaknya dia ingat kita sembang kt dia kot...

    ReplyDelete
  8. Kesian danish
    akak sendiri pun fobia dengan anjing ni
    ^_^

    ReplyDelete
  9. alahai sian nyer kak.... tp anjing2 kt sana msti bertuan n jinak kan, agaknyer anjing2 tu nk main2 bile dia tgk budak2 tu lari itu yg dia kejar tu, bkn kejar nk ggt tp nk ajak main kot... yelah kt sana kan ramai yg bela anjing kan

    ReplyDelete
  10. waah nur dah nak blk mesia?lama ke ct?kesian danish..cam bc cerpen pendek lak,best gitu!

    ReplyDelete
  11. aduhhh..seram baca...ila pun mmg takut ngan anjing...kalau ada kat parking ke apa..memang ila xkuar kereta lahhh... kalau en somi relex jer..dia cakap..anjing nie dia boleh tahu orang tu takut ke tak kat dia..kalau buat relex..dia xkan datang dekat..uhuhuhu..tapi tu lahhh..memang xberani

    ReplyDelete
  12. u are doing a right thing... anjing hanya kejar kalau orang lari... kalau tak lari dia akan duduk saja menyalak... anjing takkan menyerang kalau tidak digangggu atau diperintah tapi anjing boleh mendengar degupan jantung manusia... kalau degupan kuat dia akan tertarik dan mendekat...

    ReplyDelete
  13. Suspen jer baca ni nur. Tapi dalam masa yang sama tak tahan nak gelak juga. Lepas sorang...sorang kena kejar anjing. ANjing ni kalau kita lari lagi di kejarnya. Saya pon takut ngan anjing gak. Tapi kesian kat danish & kawan² dia tu.

    ReplyDelete
  14. kesiannya danish...
    xpe kalau bizi teruskn dgn kerja,bw tu nanti pun boleh..

    ReplyDelete
  15. kalau sibuk, settle kan dulu yang mana penting
    saya pasti kawan-kawan lain juga faham
    nak berada di dua tempat pada satu masa memang payah =)

    lahai kesiannya danish
    saya teringat pengalaman yang saya penah saya lalui dengan adik-adik
    membaca cerita ni, memang takut sungguh bila teringat kembali
    bila cerita pada mak abah, diorang pesan
    kalau anjing kejar lagi, jangan berlari, buat tak tahu je
    tapi dah takut punya pasal, lari juga...hehe

    hopefully danish dapat atasi fobia tu satu hari nanti
    tuk akak pula, get luck with your thesis

    ReplyDelete
  16. Oh, by end of June next year dah nak balik Malaysialah ya! Kalau saya ni, lagi pulun enjoy sbb nak balik tapi yalahkan, kita datang belajar, haruslah dulukan pelajaran. Nak balik bawa title Dr tu.... Lepas ni kena tukar panggilan ke Nur? Kena letak Dr kat depan kalau berkomen dalam blog. Hihihi...

    Kesian budak-budak kena kejar anjing. Eh, bukan budak-budak je. Saya yang besar panjang ni pun takut kalau nampak muka anjing. Siap-siap dah buka langkah nak lari tau.

    Camna tu nak hilangkan fobia si Danish. Mestilah dia takut sangat. Kalau saya ada kat situ pun dah dapdupdapdup jantung takut sama.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails