Tuesday, January 7, 2014

Kembali ke sekolah...

Selepas bercuti selama dua minggu, kelmarin anak-anak dan mula sekolah utk Term II. Sistem sekolah kat sini ada tiga term utk setiap sesi.

Term I : September - December
Term II: Januari - April
Term III: Mei - Ogos

Jadi anak-anak masih belum berubah kelas. Irfan masih kelas 4DH, Aisyah 2ZN dan Danish NAM.  Kelas kat sini ikut nama cikgu. Macam kelas Irfan, 4DH maksudnya kelas Year 4 di bawah cikgu Mr D. Hunter.

Dalam sekelas, mereka tak kelaskan pelajar kepada pelajar pandai atau sebaliknya. Jadi dalam setiap kelas ada pelajar dari pelbagai tahap. Semasa buat aktiviti baru mereka kumpulkan pelajar mengikut kemampuan pelajar tersebut. Kerja rumah yang dibekalkan setiap minggu juga adalah berlainan antara setiap pelajar mengikut kemampuan pelajar :)

Tak tahu nak membebel apa lagi. Letak gambar budak2 di waktu pagi sebelum ke sekolah :)
Irfan, Danish dan Aisyah
Kakak posing dgn nuka notty... Entah dari mana dia belajar buat mata juling cenggitu...

Baca pengalaman mommies, ramai yang bizi iron uniform sekolah anak-anak setiap hujung minggu. Skrang saya cuti iron baju sbb baju uniform anak2 kat sini x perlu iron.... hihihi, tingggal lagi setahun stgh utk kembali ke rutin iron baju... ekekeke.

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. Jimat masa x payh iron...best la mcm tu..kak sarah kena iron baju sek dn uniform kerja..malas weh

    ReplyDelete
  2. Sya pun malas iron bju sekolah..ngeh..ngeh..slmt bersekolah kpd aisyah,irfan dan danish ^_^

    ReplyDelete
  3. noty nya muka kakak...hihi
    wah dh x lama dh akak nk balik m'sia ye

    ReplyDelete
  4. akak paling kurang,setengah jam setiap hari meng iron baju sekolah anak dan uniform suami..dah keje kita,nak buat mcm mana,kan..:)

    ReplyDelete
  5. Tak sedar dh berlalu 2 minggu...
    seronok lah anak2 kembali ke sekolah ya Nur.. tang iron baju tu banyak tu tak pernah merasa lgi lah...hehe:)

    ReplyDelete
  6. owh gitu sistem sekolahnya...
    awh..pandai aisyah bt mata camtu..seriau aunty tgk..hahaha
    wah best laa tk perlu iron baju..hihi

    ReplyDelete
  7. Bab ajr dan bagi homework ikut tahap ni seramla saya. Memang bagus tapi di tempat kita ni macam2 kekangan.. kita nak buat tapi kena kurangkan sebab kekangan yg ada.. mula la pikit nak resign.. haa. Awal tahun lagi ni..

    ReplyDelete
  8. buat anak2 yang mau belajar berdoa dan bermain
    salam kenal semuanya
    peace and love :-)

    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    ReplyDelete
  9. bab iron baju akak dah lama resign nur..tang iron mengiron ni anak sulung akak yang buat :)
    hehe pandai adik aisyah wat mata juling so cute :D

    ReplyDelete
  10. seronok kan klu uniform camni tak payah iron,,sy ni dah la tahap paling malas nak iron baju..baju kerja sendiri pun kadang selekeh ja pilih baju yg tak kedut..dh anak sekolah terpaksa gak la pegang iron..:)

    ReplyDelete
  11. Bagus juga la kalau sekelas kumpul sekali tnpa mengikut tahap,ms aktiviti br di agihkan mengikut kemampuan murid,kerja sekolahpun tak sama,di sini wpun tahap murid n kelas tk sama,tp kerja sekolah sama je...hehe

    wajah ceria je wpun d dua minggu cuti,biasanya hari pertama muka budak2 mesti monyok nk ke sekolah....

    ReplyDelete
  12. Untungnya tak payah iron uniform sekolah. Kita kat sini setiap minggu pun dok dalam bilik berpeluh-peluh menggosok baju sekolah dan baju kerja juga :)

    ReplyDelete
  13. Nape kat sini tak buat uniform tak payah iron baju jugakkan Bijen....senang sikit keje mommies kat sini hehe...lagi galaklah bw haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails