Thursday, December 19, 2013

KS1 Nativity Performance

Hari Selasa lepas, saya menghadiri persembahan Aisyah di sekolah. Berkali-kali dia mengingatkan saya untuk ke sekolah pada pagi tu. Ingatkan abah boleh join sekali. Tapi belum sempat abah sampai (sbb abah kerja), persembahan dan mula.

Masa Aisyah mula2 masuk dalam dewan, saya boleh nampak matanya yang melilau mencari saya dan abah. Besarnya harapan dia supaya kami menyaksikan persembahannya pada pagi tu.

Mula2 saya tak tahu pun apa tu Nativity. Tapi dari persembahan pada hari tersebut, saya boleh agak yang ia berkaitan dgn kelahiran tuhan mereka, jesus. Iaitu lebih kepada sejarah kenapa mereka sambut krismas. Bila google, mmg sah yang nativity tu adalah cerita di sebalik kelahiran jesus. Nativity berasal dari bahasa Latin, "nativus" yang bermaksud kelahiran.

Ada lakonan dan nyanyian dari pelajar KS1 (Key Stage 1), iaitu gabungan persembahan dari pelajar reception hingga ke Year 2. Kelas Year 2 kena nyanyi tiga lagu. Tapi saya tengok Aisyah cuma nyanyi satu lagu jer. Lega hati saya sebab dua lagu lagi tu lebih kepada lagu ketuhanan mereka.

Sayangkan, tiada gambar yang boleh dirakamkan semasa persembahan. Hanya selepas persembahan, ibu bapa dibenarkan mengambil gambar bersama anak masing-masing. Jadi saya mengambil peluang utk merakam sekeping dua gambar Aisyah sbg kenangan.
Aisyah and her friends
Sila abaikan background... huhuhu
Masa ambil gambar tu, dia dah tanya. "Mana Abah?". Saya kata abah kerja. Tercalit sedikit raut sedih di wajah Aisyah. Besar harapan dia supaya abah pun tgk persembahan dia.

Bila Aisyah balik rumah, saya tanya, "Kenapa kwn2 kakak nyanyi tiga lagu, tapi kakak nyanyi satu lagu jer?". Jawab Aisyah, "Itu lagu orang kristian la ummi. Kita kan muslim. Orang muslim tak boleh nyanyi lagu yang dua lagi tu." Fuh, lega saya dengar jawapan Aisyah. Dia juga tahu yg muslim tak boleh celebrate krismas. Tu yang untungnya belajar kat Bradford sbb ramai pelajar muslim. Jadi isu2 berkaitan agama, banyak yg pihak sekolah boleh faham :)

11 comments:

  1. bagunya begitu. . dr kecil dh diberitahu tenrang agama lain. .
    sian Aisyah abahnya tak dtg tp tetap ada ummi. .

    background tu buat sy ketawa la nur. . .hehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bab agama ni dijaga baik walaupun di negara bukan Islam.. syukur macam itu.. pandai jawapan Aisyah..

    Sesuai program mcm ni..dpt memahamkan murid pasal sejarah sesuatu.. dapat idea utk projek kemerdekaan tahun dpn ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah pihak sekolah memahaminya.. terharu rasanya

    ReplyDelete
  4. Tersentuh kakak bila Aisyah bijak memberikan jawapan dia Nur. Maknanya dia pun alert dan faham yg mana satu boleh dan tak boleh - masih kecik lagi tu sebab di sana kalau mak-ayah tak kuat mudah terikut Nur. Syukurlah....

    ReplyDelete
  5. Seronoknya Aisyah... cuma mgkn sedih sikt sbb abah tak dpt tgk..
    bagus juga ya Nur. disana dorang memahami, so tak timbul lah isu agama ni.. kita pun nak rasa was-was nak anta anak belajar....:)

    ReplyDelete
  6. bijak aisyah bg jawapan..lega kan..huhu...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..aisyah kecik2 lagi sudah paham & tidak terikut2..bangga ngan aisyah..

    ReplyDelete
  8. ciannn dia abah dia xdpt hadir...
    mesti terasa frust skit ek....
    pandai aisyah and bagus gak sekolah tu...
    peka dgn isu-isu budaya dan agama yg berlainan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah adik sekecil Aisyah pon dapat membezakan halal dan haram bagi kaum muslim,walau di lahirkan di negara omputih,tahniah nur dapat anak2 yang cerdik pandai macam adik aisyah kita ni..
    p/s lawa background kat pic aisyah hehe..:D

    ReplyDelete
  10. bagus cikgu pun peka bab agama ni semua.aisya pun kemain pandai lagi.kesian aisyah abah tak dpt turut serta tgok persembahan dia..time ni la peranan ummi nk terangkan dekat dia..yg penting ummi ada kan

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah... pihak sekolah tu mmg sangat prihatin pada pelajar muslim... mmg kesianka kalau anak2 mengharap ibu bapa ada di hari persembahan mereka... sama macam faris jugak... biasanya abah faris akan ambil off utk join aktiviti sekolah faris...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails