Friday, December 6, 2013

Nasib si putih....

Sedih bila tengok si putih ni sedang berenang dalam air banjir...
Tu belum tengok dalam rumah lagi. Banyak juga perabut yang rosak. Betapa segalanya di dunia ni hanyalah pinjaman.

Ada tak kawan-kawan yg tahu, cara nak selamatkan kereta yang tenggelam banjir ni? Mana tahu, kot2 ada petua yang boleh diguna pakai...

Nak share juga sajak nukilan my aunty...

Banjir...
Bukti kekuasaan Allah,
Boleh menguji sesiapa saja
Tanpa diminta kebenaran,
Tanpa mengisi borang
Kerana itu hak-Nya

Banjir...
Satu ujian
Satu kepahitan, keresahan, ketidaktentuan dan kecelaruan fikiran

Banjir...
Menemukan kita
siapa kawan
siapa saudara
siapa yg sudi membantu penuh keikhlasan

Namun
Ia juga satu peringatan
Satu iktibar dan pengajaran
Akan kelam kabutnya suasana saat meningggalkan kediaman
ke pusat pemindahan 
menumpang saudara atau rakan 

Huru hara itu amat kecil
berbanding dengan
huru hara
yang bakal ditempuh
Nun...
di Hari Pengadilan...

(Merenung kembali peristiwa kediaman dilanda banjir pada tahun 2008)
*cik rah*

Akhir sekali nak tempek gambar anak buah yang makin bam bam ni...

Sabar yer, tahun 2015 cik nur balik dan jumpa Qaseh :)

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Salam nur...

    Milik siapa si putih tu nur...?tk tau bagaimana cara ye,tp baru2 ni jiran saya terbabas keretanya dlm kolam,tenggelam mereka suami isteri,katanya kereta tu memang tenggelam habis dn dia terpaksa pecahkan cermin utk keluar,sekaran kereta dia dh ok tu..kejadian tu masa dia blk kg di pantai timur..kalau tenggelam habispun masi bl guna,si putih tu muda2an bl juga bergerak nanti...

    Comelnya qaseh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kereta adik yang rumahnya kat kemaman… dia balik berpantang kat Kota Bahru, tinggal kereta kat sana… Ni gambar masa air dah surut, masa air nak mmg tenggelam hingga no plate :(

      Geram tgk Qaseh ni :)

      Delete
  2. alamak...keta masuk air lopak sikit pun dah peluh ketiak nak repairnya, moga dapat la diselamatkan tanpa menanggung terlalu banyak kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? harapnya masih boleh dipakai… tu nak tanya kot2 ada siapa2 yg ada pengalaman :)

      Delete
  3. Salam Nur,

    Rumah kat mana ni kena banjir? Kesian si putih, harap janganlah sampai masuk ke enjin, parah nak baikinya! Tak ada orang tengokkan ke? Kalau masuk sampai ke dalam rumah parahlah lagi ya! Kesian Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah adik saya kat kemaman, Mak Aji…. mmg dgn enjin sekali dah tenggelam sbb no plat pun tak nampak masa air naik tu…
      Tu la, benda dah nak jadi… baru jer adik ipar balik Kota Bharu, sekali air naik… dalam rumah pun mmg paras paha mak Aji.. teruk sgt banjir kat kemaman tu… yg rumah nampak bungbung saja pun banyak… kesian sungguh kat mangsa2 banjir :(

      Delete
  4. Semoga si putih ni dapat digunakan lagi nanti.. tumpang sedih.. sabarlah bagi insan yang diuji.. sedih rasanya bila baca sajak tu.. penuh makna yg mendalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu la.. Mak cik saya la yang share kat wall FB… tu rasa nak kongsi kat blog pulak… kami sama2 jadi mangsa banjir pada tahun 2008 tu...

      Delete
  5. Ya Allah..mmg teruk banjir di kemaman kali ini...
    akak tak pandai bab keta
    tapi katanya
    kalau masih basah terndam gtu xbleh start kn tgg semuanya kering dl
    mg kereta tu masih boleh diselamatkan

    ReplyDelete
  6. Memang , dengar berita banjir dipantai timur semakin teruk...semoga mereka yang terlibat banyak2 bersabar.. tak rosak ke nanti kereta2 yang terendam lama dalam banjir tu?

    ReplyDelete
  7. Mmg kesian pd semua mangsa2 banjir Nur..hari2 tgk berita. .mcm makin teruk banjir nya..moga semua mangsa tabah. . Sllunya kete yg kena banjir ni msh boleh diselamatkan. .cuma per lukan kos lah.

    ReplyDelete
  8. slm sis,

    berdasarkn cerita kwn sya yg keretanya tenggelam masa banjir,jangan sesekali hidupkan enjin,ditakuti enjin bertambah rosak sbb kena air n tangki minyak takut dah bercampur dgn air,panggil mekanik dahulu.tq

    ReplyDelete
  9. pintu exora kamipn dah berbunyi krik, kruk daa & kamera depan rosak sebab harungi air semasa perjalanan balik dr Kuantan tempohari..

    kalu dah tenggelam cenggini, tak reti nak komen, mudah2an kereta tu masih boleh diselamatkan.. aamiin..

    ReplyDelete
  10. Kakak tak ada pengalaman Nur

    Sunggah siapalah kita
    bila tentera Allah turun tanpa diduga
    ujian itu melanda
    membuka minda
    mencabar keimanan di dada
    kunfayakun kataNya
    maka jadilah ia

    Moga ada kesabaran tinggi
    dari ujian yg meniti
    kuatkan iman di hati
    redha dgn ujian ini

    Lama lagi tu 2015 Qaseh dah 3 tahun cik nur hihi...

    ReplyDelete
  11. Kasihannya Nur,semoga adik Nur dan mangsa banjir yg lain tabah menghadapi ujian dr Allah SWT.

    ReplyDelete
  12. ciannya cik putih tu..tak pandai berenang pulakkk..:)
    saya pon tak dapat nak kongsi petua..coz takde pengalaman..just bole share doa je..kat mangsa2 banjir.. semoga semuanya selamat n pulih seperti sedia kala amin...

    ReplyDelete
  13. Sayangnya. Harap cik putih tu boleh guna lagi.

    ReplyDelete
  14. bila banjir kereta masuk air mmg ssh la nak selamatkan..klu ok pun kesan bajir tu mmg memberi tekanan pada si putih dimasa depan..kesian si putih..

    btw nice poem..berbakat ur anty..:)

    ReplyDelete
  15. Kesian nasib si putih ni. Macamana nak selamatkan kalau dah sampai no.plate pun tak nampak. Lagi kesian nasib tuan empunya kereta, adik Nur ya? Comel baby Qaseh ni. Alahai Nur, pejam celik pejam celik dah abis setahun, bolehlah tengok Qaseh nanti :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails