Saturday, November 1, 2014

Resepi kuih bakar

Tiap kali nak buat kuih bakar, tiap kali itu lah saya akan minta bantuan Puan Google.
Macam2 resepi saya dah cuba.
Bila guna resepi yang berlainan, jadi hasilnya juga tidak sama walaupun namanya sama- Kuih Bakar.
Jadi hari ni nak jot down kat blog sendiri pulak sebagai rujukan.
Dari banyak2 resepi kuih bakar, saya paling suka rasa dari blog Mat Gebu dengan sedikit pengubahsuaian dgn bahan2 yg ada kat sini...
Check it out....

Bahan-bahan.
4 biji telur saiz B
1 tin santan 400 ml
200 ml air
250 ml air pandan (250 ml air+6 helai daun pandan ->blend dan ambil airnya sahaja)
2 sudu makan butter (cairkan guna microwave 30 saat)
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200C (oven saya jenis gas, jadi saya guna gas 7).
2. Pukul telur da ngula hingga kembang.
3. Masukkan santan, air dan air pandan.
4. Bila sebati, masukkan butter, garam dan pewarna hijau dan akhir sekali tepung gandum. Kacau lagi hingga semua adunan sekata.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Kuih bakar yang baru dimasukkan dalam oven

Bila takde stok daun pandan, kadang2 saya ubah suai buat kuih bakar perisa jagung.
Cuma letakkan setengah tin jagung manis.
Tambah sikit pewarna kuning nak beri warna menarik sikit.

Taraa.... Hasil kuih bakar dan rupa bila disejukkan..
Kena tunggu betul2 sejuk baru elok dipotong...
Jemput makan....

Nota ummi,
Kuih bakar ni tahan hingga tiga atau empat hari kalau simpan dalam bekas kedap udara.
Mungkin sebab cuaca kat UK ni yang kering dan sejuk, jadi kuih bakar ni boleh tahan lama walau tak disimpan dan peti sejuk.
Kalau keluar jalan2, saya suka bawa bekal kuih ni.
Jadi lah untuk alas perut bila jalan-jalan.

14 comments:

  1. Masa kecil2 dulu kuih hijau ni pilihan utama akak...macam dah set dalam minda kuih warna hijau mesti sedap...

    ReplyDelete
  2. Kuih bakar.. menu tradisi nih.. salah satu kuih kegemaran saya.. rasanya sedap sekali! :)

    ReplyDelete
  3. lama sungguh akak tak masak kuih ni.. sedapnya..

    ReplyDelete
  4. Kuih bakar buat sendiri sedap..
    Lembut bertelur.. kalau beli keras bergandum..ha..ha..
    X pernh plk try rasa jagung..
    Mcm nk cuba olah rasa jgung plk.

    ReplyDelete
  5. ehh... resepi yg ini tak yah guna tepung ke? Yang biasa akk buat ada tepung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tertinggal pulak... Kena edit semula ni... Rasa dah double check, bahan yg paling penting tertinggal... Huhuhu

      Delete
    2. Thanks kak Salmi atas teguran.... Dah update pun :)

      Delete
  6. kuih bakar a.k.a kuih kemboja...sedap..rasanya ala bengkang,kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kak, ore kelate panggil beke.... ore teganu panggil bengkang...

      Delete
  7. exactly... kalau letak bahan ter'lain sikit pun dah lain kan rasa dia.. and setiap kali saya buat pun, mesti lain2 dapatnya... walau saya rasa cara dan bahan tetap sama hahahaha. Mjnkin tahap konfiden tu yang ubah rasa, bila terlbih konfiden, tah apa2 dah rasa dia.

    ReplyDelete
  8. Insaf tengok resepi orang di perantauan. Orang yang kat malaysia ni malas bedooh..adoi..bila nak rajinkan diri buat kuih..

    ReplyDelete
  9. Saya pun suka kuih bakar ni. Kalau beli tak puas makan. Nak suruh buat, faham-faham ajelah mak datin sorang ni. Pemalas ^_^

    ReplyDelete
  10. saya suka kuih bakar ni
    tapi belum berkesempatan nak buat

    ReplyDelete
  11. sedap kuih ni..suka juga,tp tak pernah buat sendiri

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails