Thursday, December 5, 2013

Banjir

Sedih bila tgk kwn2 post gambar kawasan2 yang dilanda banjir.
Ni salah satu gambar di bandar Kuantan....
Memang ujian banjir adalah ujian yang sangat besar. Semoga mereka yang mengalaminya diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian. Ujian kehilangan harta benda yang berharga, tiada tempat tinggal untuk sementara waktu. Hanya mereka yang pernah mengalaminya yang akan memahami.

Kami juga pernah diuji dengan banjir mcm ni pada tahun 2008. Masa tu saya meghadiri kursus di Sarawak manakala suami dan anak-anak berada di KL (mereka nak ikut tapi tak cukup budget, jadi hantar sampai KL aje la). Bila dikhabarkan yang Terengganu dilanda banjir, saya tidak sedikit pun menjangka yg rumah kami akan dinaiki air sehinggalah dimaklumkan oleh mak sedara yang kebetulan tinggal di taman yang sama.

Dah la tak tinggalkan kunci rumah, nasib baik landlord jenis yang prihatin. Dia la yang berusaha dapatkan kunci pendua yang kebetulan berada di pejabatnya dalam UMT. Kebetulan dalam UMT juga dah dinaiki air dan hanya kereta pacuan empat roda sahaja yang dibenarkan meredah air. Entah kereta pacuan empat roda siapa yang landlord pinjam utk dapat kunci pendua tu.

Dalam masa yang sama, saya terus minta bantuan adik2 dari Kota Bharu. Berangkatlah mereka tiga beradik ke rumah kami. Pantas sungguh mereka memberikan bantuan sebelum air naik lebih tinggi. Mereka naikkan semua barang2 yang berada atas lantai ke tempat yg lebih tinggi. Syukur sangat2. Terima kasih adik-adikku. Banyak dokumen sempat diselamatkan. Alhamdulillah, tak banyak kerosakan/kerugian yang kami alami.

Boleh tak bayangkan perasaan saya masa tu. Bila tengok berita dalam TV,  boleh tgk rumah sendiri yang sedang ditenggelami air dalam berita? Tapi saya tak dapat nak berbuat apa-apa. Hanya doa yang dipanjatkan supaya segalanya berjalan lancar. Perasaan sangat bercampur baur masa tu.

Selepas banjir, ramai bergotong royong membersihkan kawasan. Hati saya sangat sayu bila berjumpa dengan jiran-jiran yang menceritakan pengalaman banjir mereka dan kerugian yang dialami. Jiran saya yang selalu ceria menyapa, kali pertama saya lihat raut sedih di wajahnya.

Tapi betul kata orang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Lepas tu, kami terus cari rumah sendiri. Ingatkan nak cari rumah sewa lain, tapi harga sewa di kawasan UMT boleh tahan mahal. Daripada bayar sewa mahal2, lebih baik buat loan dan beli rumah. Alhamdulillah, pertengahan tahun 2010 kami dah memiliki rumah sendiri :)


Nota ummi,
Rumah adik saya di kemaman juga dikatakan telah naik air. Adik saya sedang berpantang di Kota Bharu sekarang ni. Kesiannya kat dia, pantang belum habis.. sekarang tgh risau rumahnya dilanda banjir. Sabar dan tabahlah adikku, doa doa dan doa..

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Sedihkan bila tengok keadaan Kuantan terutamanya.. hampir tenggelam.. Ya Allah.moga semua mangsa diberi kesabaran yang tinggi dlm menghadapi ujian banjir ni....
    oh! Nur pernah mengalami.. mesti dapat rasa kesusahan& kerisauan masa banjir melanda ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin….
      Tu la.. trauma pun ada bila tgk banjir mendadak mcm tu….

      Delete
  2. sy faham perasaan org yg d landa banjir... dgn harta benda, dgn nak mencuci... dgn ketidakselesaan nyer...

    ReplyDelete
  3. itulah.. sayu jer bila teman2 berkampung di pejabat skrg ni..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya... nasib baik walaupun Johor ada banjir tapi rumah mak saya tak terlibat sama. Paling-paling pun rumah kami pernah dinaiki air paras lutut aje. Itupun dah macam-macam kerosakan yang terjadi. Apatah lagi kalau dilanda banjir besar.

    ReplyDelete
  5. akak takde pengalaman merasa banjir,sblm kawen dulu,rumah ayah tak pernah dinaiki air...lps hujan,air terus surut sbb halaman rumah jenis berpasir...cuma curi2 main air dgn kawan2 kat kawasan lain hehe..

    lps kawen,walaupun kulim ni sesekali dilanda banjir,tp rumah diatas bukit..

    ReplyDelete
  6. sedih bila tgk banjir teruk gini..alhamdulillah umah mak atas bukit tak pernah naik air wpun tika banjir jd mcm pulau lak kwns tuh..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah syukur ke pada ALLAH..walau hujan berterusan di tempat saya tinggal..namun bumi masih menelan airnya amin..
    pada sesiapa pun juga..semoga tabah menjalani ujian bah ini..:(

    ReplyDelete
  8. Tu la my sister yg kat Pahang pun cuti ni sebab banjir, ya Allah moga tak teruk banjirnya, ujan manja2 cukup la kan. Takleh saya banyangkan perasaaan u guys masa banjir tu, yer la takder kat tempat kejadian kan, mampu tengok jer. Tu la ada hikmahnya. Hopefully ur sister's house takder apa2, kesian tengah berpantang duk risau kan rumah pulak.

    ReplyDelete
  9. tahun ni banjr teruk di Kuantan..adik ipar nak balik sana pun masih terkandas..FIL dia dah hampir 5 hari hilang dilaut..mmg ujian besar..

    semoga adik di Kemamam tabah..kita doakan yg terbaik buat semua mangsa banjir

    ReplyDelete
  10. betul tu nur. banjir teruk di Kuantan.ujian Allah.semoga yang terlibat diberi kekuatan utk menghadapinya.tumpang bersedih dan tak dapat bayangkan jika kita berada di tempat mereka. pengalaman nur pun hebat juga tu .syukur semua selamat

    ReplyDelete
  11. kak sarah tak pernah mengalami banjir....tapi bila hujan lebat, rumah masuk air..air mata air masuk..dari bawah jernih ja..2 -3 jugak la baru kering..hairan tu kwa rumah tanah tinggi..

    ReplyDelete
  12. Semoga yg ditimpa musibah ini terusan bersabar ...

    ReplyDelete
  13. Masa kecil pernah merasa rumah masuk air. Mmg menguji terutama bab nak membuang bila air dah penuh. Angkat brg tempat lebih tinggi. Bila surut bersihkan rumah. Mujur comel je rmh keluarga kami. Itu sehari dan tak perlu pindah. Nasib mrk yg lebih teruk. Hanya mrk shj yg tahu.. Semoga keadaan cepat beransur pulih.

    ReplyDelete
  14. ujian Allah ni. Sabar bebanyak ye.

    ReplyDelete
  15. Saya hanya mampu berdoa dari jauh..ada juga kenalan yg kena banjir ni...hampir ke bumbung katanya air yg naik,rmh baru siap plak tu..perabut dlm rmh semua br beli.....

    ReplyDelete
  16. Tumpang sedih nur.. abang sepupu saya di Kuantan juga terima nasib yang sama. Rumah dia pun dimasuki air.. kami tumpang sedih untuk adik Nur juga.. jangan risaukan dulu hal rumah, ada hikmahnya ni.. bagi tumpuan lebih kwpada baby Qaseh tu.. comel dia..

    ReplyDelete
  17. Rumh sy pun pernh bnjir thn 2009. Ms tu ank yg no 3 br 2 bulan. Sy tgh baring atas lantai kat ruang tamu time hujan lebat tu. Bb pun ada sama. Tetiba je air naik. Nyaris nyaris tido atas air

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails