Saturday, June 8, 2013

London day 1

Seawal pukul 9 pagi kami dah berada di Bradford Interchange untuk menaiki train ke Leeds pada pukul 9.20 pagi. Train kami dari Leeds ke London adalah pukul 10.05 pagi.
kami dihidangkan dengan pemandangan yg sangat cantik sepanjang perjalanan menaiki train
Aisyah yg ralit melihat bunga kuning sepanjang jalan
Selepas dua jam lebih perjalanan (kalau tak silap, 2 jam 10 minit), kami tiba di London King Cross. Terus cari underground untuk ke Travelodge. Di underground, saya beli Oyster Card untuk memudahkan perjalanan kami menaiki bas dan train sepanjang di London.

Dalam pukul 1.15 petang, kami dah tiba di Travelodge City Centre (Moorgate). Waktu check in adalah pukul 3 petang. Untuk check in awal, kena bayar GBP10. So bayar aje la dari pada duk mengangkut beg2 tu ke hulu ke hilir.

Masuk bilik, makan dan solat. Kami keluar lagi dalam pukul 3 petang. Naik train underground dari Moorgate ke Bayswater untuk ke M'sia Hall.
Bila di M'sia Hall, terasa perut masih lagi kenyang. Tambahan masih ada bekalan nasi yang dibawa dari rumah untuk malam nanti. Maka kami terus menapak ke Kensington Park.

Lama juga kami di Kensington Park. Saja biarkan anak-anak enjoy themselves sambil mengejar tupai, main bubble balloon, mengejar merpati dan beri makan kat swan. Boleh la saya memerhati dari jauh sambil menghilangkan penat.
Muka  happy dapat ke park
Danish dgn bubble balloon
Cantik cuaca dan ramai betul orang kat Kensington Park
Mereka bertiga sedang beri makan kat swan
Bila dah hilang penat, kami menapak ke Italian Garden pula. Italian Garden ni masih lagi dalam kawasan Kensington Park.

Di Italian Park, anak-anak tetap tertarik dengan burung2 merpati. 
Bukan main bersungguh mereka cuba tangkap merpati2 tu
Susah betul nak snap gambar mereka bertiga
Dari Italian Garden, anak-anak ternampak playground. Apa lagi mereka terus berkejar ke sana.
Danish beratur nak naik slide
Aisyah dan Irfan bereksperimen dgn wobbling bridge
Lama juga mereka main kat playground tu. Semua  mainan mereka nak cuba. Kami cuma layankan jer sambil rehat kat bangku yang disediakan.

Penat main, kami terus menapak ke stesen underground yang terdekat. Banyak lagi tarikan lain di sekitar Kensington Park rupanya, tapi hari dah semakin senja dan kaki pun dah rasa macam nak tercabut. So snap gambar aje la bagi kawasan yg tak sempat jelajah :)
Melintasi Diana Memorial Fountain
Tanda siap2 utk ke Science Museum pada hari kedua
 Menyusuri subway di South Kensington untuk balik ke hotel
Tiba di hotel, mereka mandi, makan dan terus tidur. Recharge energy untuk hari yang kedua pula :)

Nota ummi,
Untuk trip ke London kali ni, kami lebih lakukan aktiviti santai bersama anak-anak. Saya pun tak tetapkan tempat mana nak pergi. Cuma terjah mana yang ada depan mata, sebab tu anak-anak lebih seronok sebab tak terlalu penat untuk mengejar masa - belajar dari pengalaman trip ke Paris dua bulan lepas :)

NuKilaN:
 

30 comments:

  1. Wah nmpk seronok betul the kids..hehe cuaca pon cantik, kan. alhamdulillah..

    hmm Betul tu Kak Nur, klu santai ank2 lg seronok kita pon happy kan. Masa kt Swiss aritu pon izu buat mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari pertama jer cuaca cantik.. yg hari kedua hujan seharian, tapi tetap juga redah dalam hujan... hehehe
      Kan? kita pun tak stress, just enjoy the holiday

      Delete
  2. cantiknya pemandangan... tq berkongsi,..tak dapat g london,...dpt tgk gambar pun jadilah..

    ReplyDelete
  3. Alalala...bestnya...ada swan lg..cantik2 pemandangan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ambil gambar pun kena hati2 takut termasuk adegan yg tak sepatutnya... itu la cabaran bila berjalan time summer - sakit mata!

      Delete
  4. Wah..seronoknya dpt bwk anak2 bersantai di park kat London tuh..mesti best kan ngan cuaca dan pemadangan yang begitu menarik..anak2 kalau tgk swan mmg tak puas kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan masa day 1 tu cuaca cantik.... suka sgt bila jumpa park... anak2 mmg pantang jumpa swan, berkawan macam dah lama kenal :)

      Delete
  5. cantiknya pemandangan kat sana....dapat tgk kat blog pun jd la....hihkhihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 dapatkan gambaran dulu... mana tahu one day boleh tgk depan mata, Insya Allah :)

      Delete
  6. Salam Nur.....cantik swan tu. kros lebih suka black swan sbb dia unik.lama rasanya tak Singgah jenguk Nur & anak2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah pula tgk black swan...
      Rindu kami la tu :)

      Delete
  7. Seronok tgk gaya budak2 ni.. bestnya! bunga kunig tu, sun flower ke Nur?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk anak2 happy, kita pun tumpang seronok... tu rapeseed, bunga utk hasilkan minyak :)

      Delete
  8. alorrrrrrrrrrrrr jelesnya akak, makan angin sokmo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah nak jeles kak tini.. jalan2 kat M'sia pun best jugak :)

      Delete
  9. Jalan-jalan makan angin ye :-) ...Ntah bila saya blh jejak kaki kat London. In the mean time, hiburkan hati & cuci mata tengok dlm blog dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, agree with you... dari impian ia bertukar kepada kenyataan, Insya Allah :)

      Delete
  10. cuaca cantik memang best jalan2. Tak sejuk tak panas. Nyaman aje tengok :-)

    Suka gambar gabungan langit biru dan bunga kuning tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tak panas sangat tapi agak sejuk sbb berangin... sama dgn saya, tak puas tgk pemandangan mcm tu :)

      Delete
  11. assalam,

    ni bawa anak2 jalan2 lah ni...nampak happy diwajah mereka...

    hepy enjoy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bunda... mak dia pun tumpang happy juga dapat jalan2... hihihi

      Delete
  12. Yippiee. Seronok, pemandangan pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, suka sgt la budak2 tu dapat ke park...

      Delete
  13. wah seronoknya anak2 dapat berjalan2... sure happy sangat dorang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, seronok sgt2... sampai nak pergi lagi :)

      Delete
  14. happy sgt2 anak2 k.nur. Tengok park sana pon best jek, cuace ok.. mesti nyaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan cuaca cantik.... orang sini sgt mengharga matahari.... suka sgt berjemur tgh padang bila panas mcm tu.... anak happy, kita pun bahagia :)

      Delete
  15. cantiknye permandangan kt taman tu..
    m3h duk tercari2 manalah pic kak nur..hehe

    ReplyDelete
  16. Tengok malaysian Hall tu teringat cerita Azura yg versi baru...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails