Sunday, June 9, 2013

Kelam kelibut @ Manchester

Pagi tadi dah hantar tetamu ke airport. Mereka bermalam di London selama tiga hari sebelum pulang ke Malaysia. Semoga mereka selamat pulang ke tanah air dengan lancar, amin!

Kelmarin saya bawa mereka jalan-jalan ke Manchester. Memang awal2 dah beritahu yang kalau datang sini, saya akan bawa jalan2 naik public transport. Tapi semalam merupakan pengalaman "luar biasa" bagi kami yang selalu menggunakan public transport.

Apa yang "luar biasa" tu? Ok saya coretkan di sini buat kenangan di masa depan :)

Pertama:
Seawal jam 9 pagi, kami dah tiba di Bradford Interchange. Saya dah ambil tiket return dari Bradford Interchande ke Manchester Victoria (direct train yg mengambil masa 66 minit). Rancangnya kami akan ambil train pukul 9.30 pagi. Tapi bila dah siap ambil tiket (booking online cuma perlu print jer kat stesen), boarding board menunjukkan yang train cancel. Train seterusnya pukul 10 pagi.

Maka Dalam pukul 9.30 baru kami masuk ke tempat menunggu train. Penjaga tiket bertanyakan kami denstinasi yang nak pergi. Bila saya kata ke Manchester Victoria, orang berkenan yang menerangkan bahawa semua train utk ke Manchester Victoria dibatalkan. Kena transit dulu di Leeds dan ambil train ke Manchester Piccadily. Tak perlu tunggu lama, train ke Leeds pun sampai.

Sampai di Leeds, kami terus memerhati boarding board untuk ke Manchester Piccadily. Leeds adalah stesen keretapi terbesar di West Yorkshire dan mempunyai 17 terminal (mmg penat nak kena cari terminal). Turun dari terminal 5, kami ke terminal 16A. Utk kepastian, saya bertanya di Information  Centre (mcm tak yakin boleh naik mana2 train ke Manchester). Petugas kaunter memberitahu benda yang sama dan katanya ada kabel dipotong seseorang ( budak nakal) yang menyebabkan route ke Manchester Victoria terpaksa dibatalkan.

Tiba di platform 16A, dah ramai org yg sedang menunggu train yang sama. Suasana sangat sesak dan ada juga di antara kami yg terpaksa berdiri sepanjang perjalanan 54 minit.

** Perjalanan ke Manchester yg sepatutnya sampai pukul 10.36 pagi, tapi kami tiba di Manchester 11.53 pagi.
** Pengalaman kali pertama train dibatalkan


Kedua:
Dari Manchester Piccadily, saya dah merancang untuk ke Old Trafford dengan menaiki tram. Bila berada di terminal utk naik tram, saya perhatikan suasana juga sangat padat dan begitu ramai petugas. Saya pun cuba tanya pada yang bertugas untuk ke Old Trafford. Petugas memberitahu bahawa terdapat sedikit ganguan pada laluan Altrincham. Kami kena ke Market Street dahulu dan tukar train ke Old Trafford dari sana. Bila tram sampai, kami terus mengambil tempat masing2. Selepas hentian yang kedua (St Peter's Square), saya terdengar siren polis/ambulans. Tak lama kemudian, tram juga turut terhenti. Beberapa minit lepas tu, pemandu tram keluar dan membuat pengumuman yang tram tidak boleh meneruskan perjalanan. Kami kena turun dari situ dan menapak ke stesen berdekatan. Apa nak buat, tapi saya perhatikan semua penumpang nampak sangat tenang. Mereka menunggu pemandu tram membuka pintu dan mengeluarkan tangga untuk memudahkan penumpang turun dari tram. Pengalaman pertama kami naik tram dan kena turun tram menggunakan tangga. Mencabar sungguh. Saya cuma pijak dua anak tangga dan terus lompat ke bawah sbb agak gayat. Tinggi juga tram ni rupanya :)

Petugas kata, dalam 10 minit juga kena jalan ke stesen yang seterusnya. Apa nak buat, menapaklah kami lapan orang perlahan-lahan. Masa berjalan tu baru ternampak yang ada tram accident agaknya. Tu yg menyebabkan tram tak boleh lalu. Kawasan yang kami lalui dipenuhi polis, ambulans dan bomba. Pengalaman sungguh, tapi tak terfikir pula nak ambil gambar masa kejadian, especially masa turun dari tangga tram tu...
Bukan main mencabar nak ke stadium ni....
**Bila balik, kami naik bas... malas dah nak menapak jauh2... Rasanya lagi senang naik bas dari Piccadily Garden untuk ke Old Trafford (ambil bas X50)

Ketiga:
Bila selesai jalan-jalan, shopping dan makan-makan di Manchester, kami ke Manchster Piccadily untuk balik ke Bradford. Tak terfikir langsung utk tanya information counter berkaitan service di Manchester Victoria. Tanpa berlengah kami terus naik train ke Leeds.

Tak lama kami atas train tu. Bila datang petugas utk menyemak tiket, dia memberitahu yang kami tak boleh naik train tu sbb tiket tu hanya sah utk Manchester Victoria - Bradford sahaja. Saya pun menceritakan kisah yang kami lalui pagi tadi. Dia terus menyemak dalam sistem yang memberitahu bahawa train di Manchester Victoria telah kembali pulih seperti biasa. Yang lagi sedih, kami dikehendaki membayar perbezaan harga tiket Manchester Piccadily-Leeds yang hampir sama dengan harga tiket return yang kami beli. Belum sempat saya bayar, train sampai ke stesen yang pertama dan saya mengambil keputusan untuk turun di stesen tersebut dan kembali ke stesen Manchester Victoria. Kami dikira bertuah sebab tak perlu menunggu lama di stesen tersebut. Bila sampai di Manchester Victoria juga, tak perlu menunggu sebab train ke Bradford dah sedia menunggu. Pukul 8.00 malam, kami selamat tiba di rumah Bradford selepas melalui hari yang sangat kelam kabut bagi kami. Pengalaman sungguh!

NuKilaN:
 

26 comments:

  1. assalamualaikum...

    tak dapat nak bayangkan tempat yg disebut..jarak antara satu sama lain...rasa macam nak pergilah satu masa nanti...apapun alhamdulillah..perjalanan puan sekeluarga dipermudahkanNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kesian pula kat Wirda... akak mmg tak pandai sgt nak explain detail.. betul la, bila baca balik mcm diandaikan yg semua reader dah biasa di Leeds dan Manchester..
      Ada peluang, kena datang tau.... banyak pengalaman boleh belajar dari negara orang :)

      Delete
  2. akak baca catatan ni kemain lagi berdebar2.. alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kesian kat orang jauh la... ada tempat yg tak sempat pergi, pilih yg wajib jer

      Delete
  3. bila perkara yg jarang berlaku @ tak pernah berlaku kat diri sendiri, rasa mcm tak syok pulak kan bila terjadi time bersama guest yg dtg dr jauh...

    apa2 pun mesti guest nur akan ingat kenangan tu sbgai antara yg tak boleh dilupakan ms dorang dtg bercuti ke UK :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kesian pula kat mereka... kalau kami mmg tak kisah sgt sbb bila2 masa jer boleh pergi.... kesian tak dapat pergi ke beberapa tempat...
      Betul tu LL, siap mereka kata kelmarin adalah hari train sedunia.. hihihi

      Delete
  4. Pengalaman berharga ni, jarnag2 sekali dapat peluang macam ni, penat la kan turun naik but something to remember. SIni pun selalu jugak tren cancel bila ada yg nakal buat panggilan ada bom kat stesen la apa la. Sometimes ada unattended bag jer pun dorang terus stop tren operation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lagi dasyat, dapat panggilan pun terus cancel train... kami mmg ni pengalaman pertama, tak pernah lagi kena sebelum ni...

      Delete
  5. Kesian org dari jauh yg nak berjalan tiba2 di timpa ujian. Mungkin nasib kurang baik. Apa pun pasti jd kenangan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan tu memang pasti... ujian masa berjalan dgn tetamu, terima aje la...

      Delete
  6. Kak nur

    Terkejutnya ada tram accident. Hari khamis lepas pun delay sbb ada train fault apa ntah so laluan bury-altricham kensel. Baca citer kak nur ni farah yang rasa penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I guess it was sbb nampak ada satu train tersadai dgn bahagian depannya yg kemek... tapi berlanggar dgn apa not sure...
      Baca pun penah, kami hari ni pun masih rasa penat yg amat... kesian kat mereka dah la baru balik dari Amsterdam

      Delete
  7. pengalaman tu,..tentu mereka siap tulis dalam dairy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, pengalaman betul... masa bawa tetamu pula la train nak cancel... cobaan!

      Delete
  8. Kelam kabut jadinya kan dengan perkara2 yg tak disangka2 dalam perjalanan gitu..sib baik pergi nur relax dan pandai handle situation..takperlah..suatu kenangan kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, cool tu memang perlu nak handle situasi gawat... kalau kita gelabah, tetamu lagi risau... hihihi

      Delete
  9. alahai kesian... pengalaman berjalan tu... adeh... letih sgt rasanya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang letih... lepas tu seharian rasa nak rehat jer tak nak buat apa2... hihihi

      Delete
  10. tu le kadang2 bende camni mmg tk diduga.. nak cepat jadi lambat hehehe... tp tu le pengalamakan kan kak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. masa nak cepat la kita diuji.... mmg pengalaman bermakna :)

      Delete
  11. kelam kabut pula kan..saly baca xcited sampai lah abis..hehe..
    satu pngalaman 'indah' juga tu. apa yg tak tduga blaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, mmg sgt tragis... bila ingat balik, dah rasa kemanisan pengalaman tu :)

      Delete
  12. pengalaman mencabar sungguh.. Kite merancang kan knur... Hehehe ape2 pon tentu guest knur rasa happy sepanjang ade kat negara orang :)

    Tumpang gumbira :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. kita cuma merancang... Alhamdulillah, mereka sgt happy sbb dapat juga bergambar depan Old Trafford :)
      Tq Haza :)

      Delete
  13. Tak berlaku apa yg dirancangkan yeh Bijen...biasalah tu
    Barulah ada thrill BIjen hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha, sekali sekala thrill apa salahnya... ekekke

      Delete

Related Posts with Thumbnails