Sunday, June 23, 2013

Kuih bakar

Rindu nak makan kuih bakar. Ambil resepi dari Azie Kitchen, tapi bakar dalam tray muffin. Dapatlah dalam kuih bakar macam ni...
Lemak manis secukup rasa. Memang kejap sangat licin.

Mohon share resepi kat sini. Senang nak rujuk bila teringin..

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwm air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
1 tin santan
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan blend hingga sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sehingga masak (dalam 1 jam 15 minit).

Senang dan sedap... cubalah :)

NuKilaN:
 

23 comments:

  1. Sy tgk kuih bakar nie jd rindu kat akok pulak...nampak cam lebih kurang jer kan caranya..mesti kena buat lagi lps nie tuh sbb kejap jer licin...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... saya selalu kalau buat kueh bakar aka bengkeng ni, mesti buh telur banyak2 bagi lembik2 sikit pastu imagine akok. hahaha kesian kan kita.

      Delete
    2. UA: saya pun dah beberapa kali print resepi akok, tapi tak pernah buat lagi... tgk resepi kuih bakar ni, laju pula terus buat.... hihihi

      Nastyna: saya pun lebihkan telur jugak... mmg best makan lembik2.. kuih dua dalam satu... kuih bakar, tapi imagine makan akok.... hihihi

      Delete
  2. Suka makan tpi x suka masak... Hehe... Mmg sedp kuih ni..tmbh2 perisa pndan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat M'sia, bila2 asa jer boleh makan even tak masak... jelas saya tau...

      Delete
  3. wah sedap tuh...senang je rupanya tapi tak pernah buat sendiri lagi.tq share.nanti saya rujuk sini bila nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sgt... blender lepas tu bakar :)

      Delete
  4. wah..sedapnya...nyum!
    nampak sangat mneyelerakan Nur..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap.. lain kali kena letak bijan banyak lagi.... hihihi

      Delete
  5. OKje pun suka gak kuih bakar ni Bijen...selalunya buat pakai loyang je malas nak bakar sikit-sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakar dalam loyang muffin senang budak2 nak makan.... nanti nak cuba bakar dalam loyang pulak mcm Okje :)

      Delete
    2. Rasanya lagi sedap pakai bekas muffin tu Bijen...sebab kwsn garing dia banyak...

      Delete
  6. kueh ni mmg sedap..rajin kak nur buat ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duduk kat sini tak rajin, tak makan kuih melayu ler jawabnya.... hihihi

      Delete
  7. Ni sesuai dgn pepatah, nak seribu daya tak nak seribu dalih...

    Kami yg duduk di negara ni, tak buat. Orang merantau usaha macam macam utk masak...saya percaya air tgn nur ni mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kena sgt dengan pepatah tu... nak kata sedap sgt tu, xde la.. tapi kena la dgn tekak kami... hihihi

      Delete
  8. Kuih ni mmg senang. Suka mkn tp tk suka yg manis sgt ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu untung kalau buat sendiri, boleh ejas manis ikut tekak masing2 :)

      Delete
  9. Dah lama x buat kuih ni. Ada satu masa tu asyik buat kuih ni je. Skrg musim beli pulak. Satu rm4 tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pun selalu beli kuih ni bila balik kerja.... tapi skrang tak de pilihan... kena la bakar sendiri ... hihihi

      Delete
  10. kalau sy buat sure xjadi...hoho

    ReplyDelete
  11. Tak pernah buat sendiri... sbb xde oven... Huhu tapi resepinya mmg nmpk mudah...

    ReplyDelete
  12. PC mkn yang dari kedai je...tak pernah lagi mkn kuih bakar ni dari oven sendiri....hihihi;p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails