Saturday, June 22, 2013

Aktiviti craft kelas Aisyah

Bila buka website sekolah Aisyah, jumpa lagi video aktiviti Aisyah dalam kelasnya. 
Kalau tak silap, ni aktiviti kraf Year 1 pada semester lepas.
Mereka buat giant tree untuk pameran.
Jom layan gambar yg sempat di print screen...

Asiyah dan Rumasa
Seronok tgk mereka sedang berkarya
Siap pakai apron takut uniform kotor
Nampak tak Aisyah hujung sebelah kanan
Kecik jer Aisyah ni bila bersama kawan-kawannya
Cikgu Aisyah yg sedang memberi tunjuk ajar
 Last but not least, nak tempek juga gambar BFF Aisyah buat tatapan UmmuAidan di Fiji Island...
Adrian in action....
Apa plan mommies hujung minggu ni?
Jangan lupa manfaatkan masa bersama keluarga :)

NuKilaN:
 

22 comments:

  1. Hehehe..thanks nur dpt jugak tengok gambar BFF aisyah..dah tak gaduh2 lagi ker..heheh..
    mommy difiji plannyer dok tunggu baby kuar tak sudah2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... masa tgk gambar ru, terus teringat kat UA... dapatlah buat satu entry.. hihihi
      Insya Allah, UA.. moga segalanya dipermudahkan :)

      Delete
  2. assalamualaikum nur...

    berapa bahasa yg Aisya boleh bertutur ye...bestlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,
      Dua bahasa jer, BM dan BI.. kalau campur kelate, jadi tiga.... hihihi

      Delete
  3. seronok tgk aktiviti Aisyah ni..
    Hari ni duk rumah je Nur..layan hero sorang tu tgk kartun..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka layan upin ipin dgn danish... ekkekkek

      Delete
  4. duduk rumah je Nur..tak bawa anak keluar..

    best tengok budak2 berkarya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, yg penting kena ada komunikasi dgn anak2 :)
      Tu la, kita pun rasa eksaited tgk hasil yg mereka buat :)

      Delete
  5. Anak2 suka pi sekolah sbb byk aktiviti craft mcm ni. Enjoy :)

    P/s: nak tanya nur dah beli belum pancake pan? Aritu tgk ada jual dlm 8 euro after discount. Kalau belum beli & nak akak belikan boleh bgtau. Tapi akak tak check lg postage ke uk berapa cost nya. Let me know ok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn LL... tak stress dgn akademik semata :)
      Ala, susahkan LL pula... nanti saya cuba cari dulu.. ada kot kat sini, cuma belum jumpa jer lagi :)

      Delete
  6. Bagus sesi pembelajaran mcm nih.melatih ank2 lebih kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MA... pelajar kreatif akan lebih innovatif :)

      Delete
  7. macam best je tadika disanakan Bijen...macam macam aktiviti diaorang buat...
    Wah hensemnya BFF Aisyah.... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje, Aisyah dah darjah 1, tapi tetap ada aktiviti craft...
      Tu la rakan baik Aisyah... pergi sekolah pun selalu lumba, sapa sampai depan pintu kelas dulu....

      Delete
  8. bdk2 mst seronok kan kalo aktiviti craft ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok sgt... dapat kerjasama dgn kawan2 sekelas buat pokok tu..

      Delete
  9. Nampak nampak nampak, tak payah tilik terus dapat tangkap si Aisyah nun di hujung sana hehehe. Seronok kids ke sekolah kalau selalu ada aktiviti macam ni, takder la setiap masa ngadap buku jer kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaayyyy... well done... saya pun mula2 tak perasan yg tu Aisyah.. kecik sgt...
      Suasana belajar kat sini mmg best, tak stress dgn buku

      Delete
  10. Mmg syokla dgr citer sistem pendidikan kat sana. Ada masa cikgu dia amik gamba dan upload di website sekolah.. Mesti cikgu kat sana tak terbeban dgn kerja tak bukan bukan
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu kat sini ada pembantu murid... sbb tu boleh fokus pada setiap pelajar... tgk cara mereka mengajar pun enjoy jer

      Delete
  11. Ada website sekolah. Bagusnya.. sini ada ke? Anak tak sekolah lg. Tak tahulah pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga sekolah yg ada website.... depend pada sekolah.. tapi kat sini mmg wajib ada website... apa2 pengumuman penting, boleh tgk melalui website jer :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails