Thursday, June 27, 2013

Rumah sewa di bradford

Sepanjang berblog, saya selalu juga terima email bertanyakan tentang cara hidup di Braford. Soalan yang biasa di tanya, Macam mana cara hidup di Bradford? Boleh survive tak dgn elaun? Berapa sewa rumah? dan macam-macam lagi perkara yang sewaktu dengannya.

Biasanya saya akan cuba jawab semua persoalan yang diajukan. Saya faham, betapa gundahnya perasaan bila ingin membuat keputusan untuk menyambung pengajian di negara orang. Negara yang jauhnya berpuluh ribu baru dari tanah air. Langsung tak dapat nak bayangkan suasana tempat orang tu macam mana.

Setakat kami merantau di selama selama satu tahun setengah, saya boleh katakan pilihan yang tepat untuk sambung belajar. Sewa rumah murah, senang nak dapat makanan halal. Kat sini senang nak dapatkan makanan hala dan sgt murahl sebab ramai orang pakistan. Bradford adalah bandar yang mempunyai populasi orang Pakistan yang terbesar dibandingkan dgn bandar-bandar lain di UK.

Hari ni saya nak cerita pasal rumah sewa dulu. Masa kami datang dulu, rumah sewa saya dah sedia dicari oleh keluarga yg sedang berada di Bradford. Saya masih teringat perbualan saya dengan Kak Nor yang carikan rumah utk kami. Kak nor cakap, " Kami dah jumpa rumah. Sewa bulanan 380. Rumah tiga tingkat dan ada empat bilik". Saya agak keliru dan tanya, "Rumah saya tingkat berapa?". Sebab biasa dengar kawan-kawan menyewa kat flat jer. So nak tahu juga rumah kami tingkat berapa.

Kak Nor jawab,"Tiga-tiga tingkat tu awak punya". Eh, biar betul. Murah la kalau tiga tingkat dan sewa cuma GBP380. Rupanya rumah tu rumah teres tiga tingkat. Hingga sekarang kami masih menginap di rumah pertama tu (landlord orang Pakistan).

Rumah yg kami menginap selama di UK
Jiran sebelah kanan rumah saya orang India muslim. Yang sebelah kiri orang pakistan. Ini pula suasana kejiranan kami di waktu pagi di musim panas.
Suasana bila hari menjelang malam.

Rasanya sekarang agak susah nak dapat sewa dengan harga di bawah GBP400. Harga sewa dah naik sedikit, dan untuk rumah sewa dengan tiga bilik tidur adalah sekitar GBP450.

Selain bilangan bilik, harga rumah sewa juga bergantung kepada lokasi. Kalau nak dekat dengan University Bradford, harga agak mahal sikit (rumah kami di BD7). Kalau kawasan BD5, harga rumah sewa lebih murah. Kalau takde kenderaan macam kami ni, sesuai sgt menyewa di kawasan BD7. Boleh berjalan ke universiti dan sekolah anak-anak juga sangat dekat.

psst, Tuan Juhaida, kira dah tunai janji la kot dgn entry ni, ek?

NuKilaN:
 

49 comments:

  1. tempatnyer macam tenang ..seronok tengok diperantauan.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya tgk kawasan kejiranan tu... nmpk tenang je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu tu belum ada org main... kalau sebelah petang, ramai juga yg main2 kat depan tu :)

      Delete
  3. Oh... kiranya sewa rumah di sana jauh lebih murah di Malaysia ye Nur. Bayangkan kalau darab dengan currency pun still murah berbanding di sini kakak rasa kalau tiga tingkat macam tu entah berapa ribu kena sewa.

    Nampak pun bersih dan selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah ni kecil jer.... sbb tu dia tiga tingkat.... kalau bandingkan dgn bandar2 lain kat UK, kira sgt murah tau kakak :)

      Delete
  4. Bagusnya catatan ini. Boleh jadi panduan kepada mereka yang memerlukan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu la... lepas ni tak perlu lagi nak tulis panjang2... bagi link entry jer :)

      Delete
  5. Salam kak Nur, murahnya sewa rumah! Jeles dgr hihi..kt London ni rmh flat pon dah dkt £1000..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal... sbb tu akak terkejut badak bila tahu harga tu... dalam kepala duk target sewa 500 sebulan... Alhamdulillah, rezeki kami anak-beranak :)

      Delete
  6. Besar dan banyak bilik with that price, mmg totally worth it la sis. Btw sana law macam sini jugak tak? kat German ni setiap anak wajib ada bilik mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo sampai macam tu... nas plan nak ada berapa org anak tu?

      Delete
    2. Nastyna: Alhamdulillah, mmg berbaloi dgn harga... takde kot law tu... kebetulan dapat rumah empat bilik, tapi semua tidur satu bilik jer... huhuhu

      AN: wah soalan cepu mas tu Nas :)

      Delete
    3. soalan cepuk mas ni hahahaha. Insya Allah, kalau ada rezeki, kami terima. Takder plan pun nak ada berapa hihihi tapi lagi ramai lagi bagus, plus kat sini governement bagi duit allowance untuk anak2.

      Delete
  7. baguih la n3 ni... membantu utk yg tgh gundah gulana, sekurangnya n3 ni wat depa tenang sikit kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun fikir macam tu jugak.. boleh buah rujukan sikit2 bagi yg memerlukan :)

      Delete
  8. OKlah tu murah sgt dgn rumah yg mcmtu..tgk kawasannya pun nmpk tenang jerk.. :D

    ReplyDelete
  9. Tak jenuh ke Nur kemas rumah 3 tingkat tu ;)
    Alhamdulillah, semuanya memudahkan Nur ye dekat dgn Uni dan anak sekolah pun senang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang selalu guna tingkat tengah jer... yg tingkat atas buat bilik tetamu dan sidai kain...

      Delete
  10. Murahnya sewa rumah di Bradford!Dah la 3 tingkat. Kat coventry ni kalau dapat GBP500 ke atas dah kira murah la..tu pun area jauh sikit dari uni. Biasa mmg rate GBP600-800...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg murah.. saya dulu pun memang budget 500 utk rumah sewa... mmg rezeki kami dpt rumah murah :)

      Delete
  11. Murah juga. Yg penting dpt jiran muslim. Cantik rumahnya

    ReplyDelete
  12. dapat info baru dr entry dan komen kat sini... walaupun tak tahu entah bila nak ke sana, tapi dapat tahu apa yang tak pernah tahu sblm ni, ok la....bagus macam ni, rezeki utk nur dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh la menyimpan sikit :)
      sbb tu pepatah kata, Sharing is caring :)

      Delete
  13. wah..nampak tenang laa view perumahan tuu...cantik..damai... baguslah kalau tinggal di kejiranan muslim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setakat ni ok lagi... tapi ada juga yg tak ok... nanti cerita dalam entry lain

      Delete
  14. Seronoknya tgk suasana kat sana kak

    ReplyDelete
  15. suasananya nampak tenang, kira ok sangat sewa rumah tu kan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki kami dapat rumah murah :)

      Delete
  16. Ohh....puaslah Bijen rotate bilik untuk tido yeh sepanjang duk UK hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, takde maknanya nak rotate bilik... penat nak manjat naik tingkat 3... so semua kumpul tingkat tengah jer :)

      Delete
  17. best lah ade jiran2 muslim nur...tak tersa janggal sgt biule duk diperantaun ni kan...tenag je tgk gambar kat atas tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC.. takde la risau dgn per mereka (anjing) sana sini... hihihi

      Delete
    2. opps, typing error.. per == pet :)

      Delete
  18. Salam Kak Nur,

    Tengah-tengah pikir nak duduk mana area Leeds nanti tup-tup keluar entry akak pasal Bradford. Memang kena sangatlah ni.hihi..Perancangan nak pindah ke Leeds tak lama lagi sebab suami bakal bekerja di Leeds, tapi tengah survey area berdekatan mana yang murah macam Bradford, Huddersfield atau Wakefield.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga kawan yg study di Huddersfield, tapi duk kat Braford sbb sewa rumah yg lebih murah.... kalau nak minta tolong apa2, jgn malu2 email akak tau.... Insya Allah, akak cuba tolong mana yyg patut :)

      Delete
  19. InsyaAllah..terima kasih kak Nur.

    ReplyDelete
  20. Syukurlah dpt sewa rumah yg murah,rezeki Nur dan familylah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Alhamdulillah, boleh la menyimpan sikit2 :)

      Delete
  21. assalamualaikum kak nurbijen...
    boleh saya dapatkan email? saya ada beberapa soalan nak tanya mengenai bandar di Huddersfield. Saya dah berkeluarga. Ada dua orang anak, akan sambung belajar pada september 2014 ni...nak dapatkan info sikit dari akak...tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf baru perasan komen ni… boleh email ke nbijen@yahoo.com

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Salam kak..mcmana saya nak contact akak? Ada beberapa soalan saya nak tnya. saya akab ke huddersfield bulan september ni...mohon akak email saya ke as_8681@yahoo.com
    tq kak...

    ReplyDelete
  24. Nak cari rumah sewa di amsterdam...ada yang boleh bantu...
    Email : izhar.iela@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails