Jika hari pertama cuaca sangat baik, hari kedua pula cuaca tidak menyebelahi kami. Cuaca kat London ni sangat tak menentu. Dari pagi, hujan turun tanpa henti. Tapi kami tetap juga keluar. Rugi kalau holiday tapi terperap kat bilik :)
Dari hotel, kami naik bus ke London Bridge. So tak perlu nak menapak ke stesen train. Sebenarnya London bridge tu cuma jambatan biasa jer. Dari stesen bas London Bridge, kami ambil train untuk ke London Eye.
London eye dgn langit yg suram |
Bukan main ramai lagi orang di London Eye. Berpusu-pusu mereka beratur nak naik London Eye. Tak nak hampakan harapan anak-anak, kami beli juga tiket utk naik London Eye sekali dengan cruise. Kalau tak silap, harga utk kami sekeluarga utk London eye+cruise tu dalam GBP90+.
Lepas beli tiket, ingatkan boleh terus naik London Eye, tapi kami disarankan utk tengok movie 4D berkaitan London Eye dulu. Tayangan tu tak lama pun, ambil masa 5 minit kalau tak silap.
Irfan dgn spek 4D - ni belum tgk lagi, baru tgh menunggu |
Selesai menonton movie 4D, baru kami beratur utk naik London Eye. Barisan agak panjang dan kami menunggu hampir 30 minit (tak de lama sangat). Semasa menunggu, ada juga orang ambilkan gambar kita sekeluarga. Saya beli gambar tu dgn harga GBP20 (dapat 1 keping gambar+album+fridge magnet+key chain+1 extra gambar kecil).
Untuk melengkapkan satu pusingan dalam London Eye, ia mengambil masa 30 minit. Boleh tahan juga rasa lama duduk kat dalam tu.
Irfan dgn muka cuak masa mula2 naik Adik menten cool |
Boleh tahan besar juga kapsul yg kami naiki |
Lepas beberapa minit, baru Irfan rasa lega sikit |
Lepas tu baru boleh bergambar dgn baik |
River Thames dari atas London Eye Boleh nampak banyak bus merah double decker dan bangunan Big Ben |
Selesai menaiki London Eye, kami terus ke River cruise yang hanya bersebelahan dengan London Eye. Kami ambil cruise pada pukul 11.45 pagi. Tak perlu menunggu, cruise telah sedia menanti ketika kami ke sana.
Masa yang diambil untuk menyusuri Sungai Thames ini adalah selama 40 minit. Ada pemandu pelancong yang akan menerangkan secara terperinci sejarah bagunan yang kami lihat di sepanjang sungai.
Disebabkan hujan, tak dapat nak naik atas cruise. Ambil gambar dari dalam cruise jer, tapi hasilnya kurang cantik. Macam gambar ni...
Tower bridge dari dalam cruise |
Panjang lagi kisah hari kedua. Insya Allah, saya akan sambung dalam bahagian 2 pula. Terima kasih sbb sudi baca kisah percutian kami :)
NuKilaN:
woww menariknya...
ReplyDeleteAlhamdulillah, pengalaman yg menarik :)
DeleteKakak tumpang seronok melihata anak-anak Nur enjoy. London Eye tu macam yg di S'pore kakak bayangkan. Masa mula naik memang macam gayat tapi bila dah duduk di dalam mesti best..
ReplyDeleteBetul tu kak... anak2 sebelum naik berkira-kira juga rasa takut ke tak... tapi bila duk dalam tu, semua enjoy jer :)
DeleteSeronok membaca catatan perjalanan di London nie..kalau hari tak hujan lagi sedap berjalan kan..so kiranya dlm london eye tuh blh nampak keseluruhan london lah yer nur?
ReplyDeleteTu la, kalau tak hujan lagi panjang langkah rasanya... lalu depan park pun tgk jer sbb hujan punya pasal...
DeleteYup, boleh bandar London dari atas London Eye tu... tapi tak jelas sgt sbb hari hujan :(
seronok tgk perjalanan Nur & anak2 ni..teringat plak lagu London Bridge..hehe:)
ReplyDeleteJom kita nyanyi sama2... london brigde is falling down, falling down.... ekekekke, Atei pulak sambung :)
DeleteHujan no 2, jalan2 no 1... hihihi
ReplyDeleteHai nur..
ReplyDeleteBestnya anak anak naik LondonEye tu. naim nyanyi lagu London Bridge je.. Hihi..
Mula-mula naim nyanyi la dulu... Insya Allah, ada la rezeki tu lepas ni :)
DeleteBestnya dah naik london eye :D
ReplyDeleteDah duk sana rebut sebanyak peluang yg ada kan!
Betul tu LL... selagi ada kesempatan, redah aje laa :)
Deleteingat pla lagu London Bridge..hehe..
ReplyDeleteseronok la sy tengok anak-anak nur ni.. ..tak gayat ke nur
Tak rasa gayat sangat... mungkin sbb tak rasa pun masa dia gerak...
DeleteMasa naik Eye of M'sia hari tu semoat juga hubby gayat, tapi kat London Eye dia cool la pulak :)
teringin nak naik london eye tu...luas jugak nmpk kat dlm gambar tu...blh berlari2...hehe
ReplyDeleteKalau datang London boleh la naik.. jom jom :)
DeleteMMg luas dalam tu, tak silap dalam 20 org juga yg boleh naik dalam satu2 masa :)
Kita merancang Allah menentukan.....tapi tule klu bercuti, cuaca plak tak menentu mmg spoil mood.pepepun pcutian yg seronok utk anak2
ReplyDeleteTu la... dalam hujan pun, kami redah jugak... nasib baik tak demam bila balik :)
DeleteDah smpi sana wajib berjalan nur wlpn cuaca tak menentu......
ReplyDeleteterkilan juga tgok gmbr blur kan.... Apa2 pun tetap enjoy kan Nur ;-)
Betul tu kak Yati... ada alasan nak ke sana lagi sbb gambar blurr... hihihi
DeleteKena singgah lagi sekali tgk gambar. Kuota dah lebih, anak kesygan tgk YouTube je :) seronoknya dpt jln2.
ReplyDeleteHhihihi, tq singgah tgk gambar pula... Alhamdulillah, seronok dpt tgk negara orang :)
Deletebest kak nur... Handsome irfan :)
ReplyDeleteBest best... anak2 nama Irfan ni mmg handsome kot... Irfan Haza pun hensem jugak :)
DeleteMau tak cuak Irfan, sikit banyak gayat tu mesti ada kan kejap. seems like u guys really enjoy it :)
ReplyDeleteHihihi, sebelum naik pun dah berkali kali kata kat saya "Abang kena berani kan Ummi?"... sama juga kes masa nak naik eiffel tower :)
DeletePernah London Eye tu jugak ... tp kat KLlah hehe...
ReplyDeleteJadi la tu Okje... kami pun pernah naik kat KL... masa tu Irfan kecik lagi....
Delete