Saturday, June 15, 2013

London day 2

Baru berkesempatan untuk sambung kisah percutian kami di London. Curi masa juga utk tulis catatan buat kenangan di masa depan.

Jika hari pertama cuaca sangat baik, hari kedua pula cuaca tidak menyebelahi kami. Cuaca kat London ni sangat tak menentu. Dari pagi, hujan turun tanpa henti. Tapi kami tetap juga keluar. Rugi kalau holiday tapi terperap kat bilik :)

Dari hotel, kami naik bus ke London Bridge. So tak perlu nak menapak ke stesen train. Sebenarnya London bridge tu cuma jambatan biasa jer. Dari stesen bas London Bridge, kami ambil train untuk ke London Eye.

London eye dgn langit yg suram
Sampai di London Eye, bukan main seronok anak2 tgk London Eye. Beria mereka ajak naik London Eye. Tapi apa-apa pun, kena bergambar dulu...
Bukan main ramai lagi orang di London Eye. Berpusu-pusu mereka beratur nak naik London Eye. Tak nak hampakan harapan anak-anak, kami beli juga tiket utk naik London Eye sekali dengan cruise. Kalau tak silap, harga utk kami sekeluarga utk London eye+cruise tu dalam GBP90+.

Lepas beli tiket, ingatkan boleh terus naik London Eye, tapi kami disarankan utk tengok movie 4D berkaitan London Eye dulu. Tayangan tu tak lama pun, ambil masa 5 minit kalau tak silap.

Irfan dgn spek 4D - ni belum tgk lagi, baru tgh menunggu

Selesai menonton movie 4D, baru kami beratur utk naik London Eye. Barisan agak panjang dan kami menunggu hampir 30 minit (tak de lama sangat). Semasa menunggu, ada juga orang ambilkan gambar kita sekeluarga. Saya beli gambar tu dgn harga GBP20 (dapat 1 keping gambar+album+fridge magnet+key chain+1 extra gambar kecil).

Untuk melengkapkan satu pusingan dalam London Eye, ia mengambil masa 30 minit. Boleh tahan juga rasa lama duduk kat dalam tu.

Irfan dgn muka cuak masa mula2 naik
Adik menten cool
Boleh tahan besar juga kapsul yg kami naiki
Lepas beberapa minit, baru Irfan rasa lega sikit
Lepas tu baru boleh bergambar dgn baik
River Thames dari atas London Eye
Boleh nampak banyak bus merah double decker
dan bangunan Big Ben

Selesai menaiki London Eye, kami terus ke River cruise yang hanya bersebelahan dengan London Eye. Kami ambil cruise pada pukul 11.45 pagi. Tak perlu menunggu, cruise telah sedia menanti ketika kami ke sana.

Masa yang diambil untuk menyusuri Sungai Thames ini adalah selama 40 minit. Ada pemandu pelancong yang akan menerangkan secara terperinci sejarah bagunan yang kami lihat di sepanjang sungai.



Disebabkan hujan, tak dapat nak naik atas cruise. Ambil gambar dari dalam cruise jer, tapi hasilnya kurang cantik. Macam gambar ni...
Tower bridge dari dalam cruise
Cruise belayar hingga ke tower bridge ni dan patah balik ke London Eye. Jadi kami turun semula di London Eye.

Panjang lagi kisah hari kedua. Insya Allah, saya akan sambung dalam bahagian 2 pula. Terima kasih sbb sudi baca kisah percutian kami :)

NuKilaN:
 

30 comments:

  1. Kakak tumpang seronok melihata anak-anak Nur enjoy. London Eye tu macam yg di S'pore kakak bayangkan. Masa mula naik memang macam gayat tapi bila dah duduk di dalam mesti best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak... anak2 sebelum naik berkira-kira juga rasa takut ke tak... tapi bila duk dalam tu, semua enjoy jer :)

      Delete
  2. bestnya kak w/pun hari hujan

    ReplyDelete
  3. Seronok membaca catatan perjalanan di London nie..kalau hari tak hujan lagi sedap berjalan kan..so kiranya dlm london eye tuh blh nampak keseluruhan london lah yer nur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kalau tak hujan lagi panjang langkah rasanya... lalu depan park pun tgk jer sbb hujan punya pasal...
      Yup, boleh bandar London dari atas London Eye tu... tapi tak jelas sgt sbb hari hujan :(

      Delete
  4. seronok tgk perjalanan Nur & anak2 ni..teringat plak lagu London Bridge..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita nyanyi sama2... london brigde is falling down, falling down.... ekekekke, Atei pulak sambung :)

      Delete
  5. Hai nur..
    Bestnya anak anak naik LondonEye tu. naim nyanyi lagu London Bridge je.. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula naim nyanyi la dulu... Insya Allah, ada la rezeki tu lepas ni :)

      Delete
  6. Bestnya dah naik london eye :D

    Dah duk sana rebut sebanyak peluang yg ada kan!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu LL... selagi ada kesempatan, redah aje laa :)

      Delete
  7. ingat pla lagu London Bridge..hehe..
    seronok la sy tengok anak-anak nur ni.. ..tak gayat ke nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rasa gayat sangat... mungkin sbb tak rasa pun masa dia gerak...
      Masa naik Eye of M'sia hari tu semoat juga hubby gayat, tapi kat London Eye dia cool la pulak :)

      Delete
  8. teringin nak naik london eye tu...luas jugak nmpk kat dlm gambar tu...blh berlari2...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang London boleh la naik.. jom jom :)
      MMg luas dalam tu, tak silap dalam 20 org juga yg boleh naik dalam satu2 masa :)

      Delete
  9. Kita merancang Allah menentukan.....tapi tule klu bercuti, cuaca plak tak menentu mmg spoil mood.pepepun pcutian yg seronok utk anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... dalam hujan pun, kami redah jugak... nasib baik tak demam bila balik :)

      Delete
  10. Dah smpi sana wajib berjalan nur wlpn cuaca tak menentu......
    terkilan juga tgok gmbr blur kan.... Apa2 pun tetap enjoy kan Nur ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Yati... ada alasan nak ke sana lagi sbb gambar blurr... hihihi

      Delete
  11. Kena singgah lagi sekali tgk gambar. Kuota dah lebih, anak kesygan tgk YouTube je :) seronoknya dpt jln2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhihihi, tq singgah tgk gambar pula... Alhamdulillah, seronok dpt tgk negara orang :)

      Delete
  12. Replies
    1. Best best... anak2 nama Irfan ni mmg handsome kot... Irfan Haza pun hensem jugak :)

      Delete
  13. Mau tak cuak Irfan, sikit banyak gayat tu mesti ada kan kejap. seems like u guys really enjoy it :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, sebelum naik pun dah berkali kali kata kat saya "Abang kena berani kan Ummi?"... sama juga kes masa nak naik eiffel tower :)

      Delete
  14. Pernah London Eye tu jugak ... tp kat KLlah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi la tu Okje... kami pun pernah naik kat KL... masa tu Irfan kecik lagi....

      Delete

Related Posts with Thumbnails