Monday, June 17, 2013

Cara berbeza

Terima kasih pada yang ucapkan tahniah pada Aisyah dalam entry lepas. Insya Allah, bila berkelapangan saya akan cuba balas komen satu persatu lepas ni.

Bila baca komen-komen tu, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit berkaitan perbualan saya degan guru kelas Aisyah masa awal semester (telah dialih bahasa).

Cikgu: Setakat ni, Aisyah menunjukkan minat yang baik dalam kelas. Cuma agak susah untuk dengar suara dia. Adakah dia juga pendiam di rumah?

Saya: Ooo, yeke? Kalau kat rumah, Aisyah jenis yang banyak cakap.

Cikgu: Hurm, kalau macam tu mesti ada yang tak kena masa dia kat sekolah.

Saya: Mungkin sebab dia belum fasih English lagi. Sebab tu dia agak malu untuk bersuara.

Cikgu: Yea, saya tahu yang agak sukar bagi Aisyah belajar bahasa baru.

Saya: Jadi, ada tak cadangan cikgu yang saya boleh tolong Aisyah di rumah?

Cikgu: Tak, bukan itu maksud saya. Mungkin cara pendekatan saya yang tak kena. Saya kena gunakan cara lain untuk menggalakkan Aisyah bercakap.

Dan panjang lagi perbualan kami lepas tu.

Personally, saya agak terkejut dengan jawapan cikgu. Sangat berbeza dengan apa yang saya alami di sekolah Irfan semasa dia seusia Aisyah. Kalau dulu, cikgu lebih menyalahkan Irfan bila tak pandai baca. Selalu juga cikgu pesan supaya rajin mengulangkaji masa di rumah. Budak lelaki umur lima tahun mana la mahu baca buku di rumah. Buat homework pun selalu kena umpan.

Tapi cikgu di sini sangat berbeza. Mereka sangat prihatin dgn pencapaian pelajar-pelajarnya. Pelbagai pendekatan digunakan supaya pelajar tidak bosan untuk belajar. Tidak hairanlah jika anak-anak banyak menyebut nama cikgu mereka semasa di rumah. Kalau Aisyah, siap tiru gaya cikgu mengajarnya bila belajar bersama Danish :)

Dan sekarang cikgu tu telah membuktikan yang dia berjaya menjadikan Aisyah pelajar yang boleh bercakap dalam kelas. Terima kasih cikgu :)

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. ooo pendekatan yang baik. Ilmu baru bagi saya ni.. Kadang kadang masa mak ayah datang jumpa, kelu juga nak jawab macam macam soalan.. Boleh guna gunapakai ilmu ni.. Thanks for sharing info..nampaknya banyak faedah lain bila nur bawa anak anak sekali ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... saja berkongsi sebagai kenangan bila balik M'sia nanti... boleh juga Aisy ceduk sama :)
      Alhamdulillah, pengalaman utk kami sekeluarga bila merantau ke negara orang :)

      Delete
  2. Terharu saya baca entry ni, terharu sebab seorang cikgu akui "lacking" dalam cara pendekatan beliau and trying different approach, not simpply leave that kid be. Salute them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cikgu tu cakap macam tu pun saya terharu juga... nasib baik tak sempat jatuh manik2 jernih... hihihi, touching jer rasa bila cikgu jujur macam tu....

      Delete
  3. Bagus betul pendekatan guru disana Nur... anakakak Nabil dah enam tahun pun tak reti sgt membaca :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memamg berbeza 360 darjah... sama la dgn Irfan dulu pun... selalu kena tegur dgn cikgu :(

      Delete
  4. untungnya cikgu2 di sana tackle student dengan pelbagai cara sehingga mereka berjaya buat apa yang sepatutnya/diharapkan oleh cikgu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, utk setiap pelajar pun macam cikgu dah tetapkan KPI... sekali fikir, mmg cikgu2 sgt terlatih.. dah la nak deal dgn anak2 yg langsung tak tahu communicate dalam english.... saya pun turut kagum :)

      Delete
  5. Bagus betul cikgu nie..instead of blaming student. she blamed herself..try to improve..cikgu2 kat sekolah kita pun patut kan guna pendekatan begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang saya terkejut.... langsung tak expect yang cikgu tu nak salahkan diri sendiri...
      Alangkah bagus kalau sistem sebegitu juga wujud dalam sistem kita... tapi orang kita agak mudah melatah, susah nak terima kritikan

      Delete
  6. Assalam Nur..
    terkejut sy baca n3 Nur ni..bagus nya cikgu Aisyah ni kan?..sangat2 prihatin..bak kata kita, siap muhasabah diri sndiri sbb anak murid tak byk sgt cakap di kelas..bagus nya! :)
    klu di Malaysia ni, cikgu tegur anak skit dah melenting (bkn semua tapi sebahagian)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, macam tu la perasaan saya masa dengar pengakuan cikgu tu...
      Saya pun rasa nak jadi cikgu macam tu jugak :)

      Delete
  7. Cikgu negara majukan Bijen lain attitude dia...
    Macamana nak menanamkan attitude cenggitu bukan pada cikgu sahaja tai pada didi OKje sebagai ibu ni,,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Okje, kalau dah boleh mula dari rumah pun dah cukup bagus.... bila anak buat silap, jgn terus beri hukuman tapi cuba muhasabah diri kita - kat mana silapnya cara kita menegur/ mengajar anak2 :)

      Delete
  8. Sepatutnya cikgu2 kat Malaysia perlu diberi pendedahan supaya dapat mendidik murid dgn lbh baik lagi. Barulah sama2 puas hatikan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu kat M'sia banyak dibebankan dgn tugasan lain yg entah apa2... last2 pencapaian anak murid diperjudikan.... cikgu kat sini mmg fokus tugas mengajar 100%... bila mengajar pula, ada lagi pembantu guru dalam kelas utk memantau para pelajar... sbb tu sistem mereka sgt berkesan :)

      Delete
  9. bagus betul jawapan cikgu mcm tu...kat malaysia ade tak cikgu yg bg jawapan mcm tu...confirm ramailah yg nak anta anak2 belajar kat situ:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman saya sebelum ni mmg jauh berbeza... kalau ada kat T'ganu satu, boleh kita hantar anak2 kat situ... hihihi

      Delete
  10. Suka dgn cara cikgu tu.dia x blame murid tp mperbaiki diri n kaedah mengajar.bagusnya.susah nak cr cikgu gitu kat negara kita nikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun langsung tak expect cikgu tu akan jawab macam tu.... Mungkin kat M'sia pun ada, cuma saya belum jumpa jer lagi :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails