Monday, May 13, 2013

Perhimpunan Mingguan

Di sekolah anak-anak, perhimpunan sekolah diadakan setiap hari Jumaat, iaitu hari terakhir persekolahan setiap minggu. Yang menariknya, perhimpuan diadakan untuk meraikan kejayaan para pelajar setiap minggu (sesuai dengan penilaian berterusan dalam sistem mereka).

Untuk setiap kelas, tiga anugerah akan diberikan iaitu Champion writer of the week, Champion reader of the week dan Champion Mathematician of the week. Setiap champion untuk setiap kategori dari setiap kelas akan diberi sekeping sijil.

Kemuncak perhimpunan, setiap kelas akan mengumumkan Learning Superstar masing-masing yang akan mendapat sijil dan juga medal. Yang istimewanya, penerima anugerah Learning superstar akan menerima anugerah di hadapan ibu bapa yang akan dijemput sama semasa majlis berlangsung.

Minggu lepas merupakan giliran Aisyah menerima gelaran Learning Superstar (kali kedua untuk tahun ni). Walaupun di sekolah tidak dibenarkan mengambil gambar, tapi sempat juga curi snap beberapa keping gambar semasa majlis berlangsung (tapi agak senget benget).

Sebaik sahaja nama superstar diumumkan, gambar akan terpampang pada skrin dewan...
Aisyah Azahan dari 1BK...
Kelihatan Aisyah sedang melangkah ke depan dewan
Apabila Aisyah telah ke depan, guru besar akan membacakan skrip kenapa Aisyah menerima gelaran Learning superstar pada minggu tu...
Skrip dibaca sambil guru besar memeluk pelajar...
Nampak kemesraan di antara guru dan pelajar :)

Aisyah yang malu-malu
Kemudian guru besar akan menyerahkan sijil kepada Aisyah dan semua superstar akan duduk di bangku depan dewan.
Sebelum duduk, Aisyah disarungkan medal oleh wakil pelajar.

Lagi satu yang menarik, majlis ni dikendalikan oleh pelajar2 senior. Mereka yang akan memasang powerpoint, menyediakan PA system, dan menyambut kedatangan ibu bapa


Selepas kesemua learning superstar diumumkan, semua yang menerima anugerah dibenarkan untuk menunjukkan medal dan sijil masing2 ke pada ibu bapa di belakang dewan. Jika ibu bapa tidak hadir, pelajar  akan menunjukkan medal tersebut kepada guru kelas masing-masing :)

Tahniah Aisyah :)

NuKilaN:
 

47 comments:

  1. Ya Allah... bangganya kakak melihat Aisyah mendapat anugerah prestasi tersebut nur. Tahniah sayang... auntie tumpang gembira.

    Tahniah juga pada mama/papa yg turut mendidik Aisyah..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... suka nyer baca coretan pembelajaran d sana + lebih2 lagi anak Malaysia naik pentas... proud of u, my dear Aisyah...

    dear, ni antara link cter korea my baby & i tu; http://www.dramacrazy.net/korean-movie/baby-and-i/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Lia bagi link tu... harapnya sempat layan hujung minggu ni.. can't wait to weekend :)

      Delete
  3. salam kak...perasaan bangga kan kak bila melihat anak naik ke pentas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa terharu pun ada... anak2 dah makin besar rupanya :)

      Delete
  4. Tahniah aisyah.keep up the good work!bagus ade sistem mcm ne..murid2 akan terdorong utk belajar n bersaeng kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu UA.... nampak Aisyah lebih semangat ke sekolah lepas dapat award tu :)

      Delete
  5. tahniah aisyah.....brilliant girl! mace umi nyoh jugok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dini.. umi dio x rajin naik pentas pun maso kecik :(

      Delete
  6. bagusnya dibuat majlis macam tu. tahniah aisyah! :)

    kenapa tak boleh ambil gambar ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mmg polisi sekolah kat sini... kena minta kebenaran bertulis baru boleh merakam gambar... tak semua parents suka anak mereka disiarkan gambar secara public.... hahhaha, kami redah jer :)

      Delete
  7. oo macam tu rupenya cara education di situ ye.
    lain benar dgn di malasyia ni,
    ye lah kite kan cume hujung tahun je..
    bile dpt setiap minggu ni, pelajar akan lebih gigih utk minggu2 akan datang.
    huhu teruju pulak nisah tgknya..

    dan, senior2 tu dar kalangan umur berapa ye ??

    BTW, Congrat's Aisyah... (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, mmg banyak sangat bezanya... yang saya paling suka, anak2 enjoy their school time, langsung takde stress :)
      Tu la, bila buat setiap minggu, mmg semua pelajar berpeluang untuk berada di depan pentas :)
      Senior tu pelajar tahap dua (year 3 hingga year 6)

      Delete
  8. Grandnya weekly assembly kat sana..Ni dah kira formal school ke pre school nur ?

    Btw congrats aisyah. Keep up the good work :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni mmg formal school... saya pun mula2 terkejut masa first time attend the assembly :)

      Delete
  9. Tahniah Aisyah,semoga akan berterusan.
    Wah sklh rendah lg dah pandai kendalikan majlis yg macam nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak nurul :)
      Yup, dari sekolah rendah lagi mereka dah latih utk kendalikan majlis :)

      Delete
  10. Congratulations, Aisyah!

    Bestnya ada majlis mcm tu tiap2 minggu, so far kt sini perhimpunan diadakan untuk persembahan kelas aje. utk reward n medal, teacher just bagi kt dlm kelas je..ibu-bapa pon tak dipanggil..tau2 ank2 dapat award je..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Izu..
      La ingatkan semua sekolah sama... lain pula sistemn rupanya... kalau buat persembahan pun, mmg parents akan dijemput juga :)
      Tapi mmg sekolah kat sini suka bagi rewards utk anak-anak, kan?

      Delete
  11. tahniah Aisyah..:)
    bestnya kat sana nur..kat sini hjg tahun je ada mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mama rey,
      kan? sekolah saya dulu pun hujung tahun baru ada majlis penyampaian hadiah... tu pun saya tak pernah dapat, ekekkeke

      Delete
  12. wah bestnyaaa ada perhimpunan mcm ni...jelez...hihi...tahniah aisyah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain benar dengan pengalaman perhimpunan masa saya sekolah dulu... saya pun jeles jugak dgn Aisyah :)
      tq fizah :)

      Delete
  13. tahniah aisyah...bangga aunty baca ni, anak melayu kita boleh dapat anugerah di negara lain.. haha, semoga berterusan hingga dewasa ye sayang,,. jadi contoh untuk adik adik juga nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak kongsikan apa terkandung dlm skrip yg pengetua bacakan kenapa aisyah jadi superstar tu? rasa nak tahu la..

      Delete
    2. Tq Aisy.. Insya Allah, moga Aisyah terus jadi anak solehah yang menggembirakan hati kami :)
      Insya Allah, nanti saya buat entry... tapi biasa jer skrip tu :)

      Delete
  14. Tahniah aisyah. Tumpang bangga tengok aisyah

    ReplyDelete
  15. tahniah aisyah!rasa sgt happy n tumpang bangga utk aisyah.bagusnya sistem education depa!benda2 camni mmg wajar dipuji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ida...
      Kadang2 saya terfikir juga, sempat pula cikgu kat sini menilai mereka secara mingguan... kena buat justifikasi lagi kenapa pilih pelajar tu as learning superstar... sbb tu sistem kita buat sekali setahun jer, tu pun cikgu dah sangat sibuk, kan?

      Delete
  16. So hebatlah Aisyah.. tahniah aisyah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 jer, cuma sistem kat sini suka bagi awards utk budak2 :)

      Delete
  17. Replies
    1. Terharu pun ada sbb rasa macam Aisyah dah besar :)

      Delete
  18. Tahniah Aisyah.. sejuk perut ibu yg lahirkannya.. :)

    ReplyDelete
  19. Kalau okje dah nangis dah ni........ Terharu! Nangih dok? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, kelakar la Okje ni... mana sempat nak feeling hingga nangis2... biasa2 jer, mmg sistem mereka mcm tu... kalau kat M'sia tu yea la sbb sekali setahun jer naik pentas, hanya yg betul2 terpilih jer boleh naik pentas.. kat sini semua pelajar diberi peluang untuk naik pentas :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails