Friday, May 17, 2013

Resepi kuah laksa/laksam Kelantan

Lagi entry balas hutang.

Hari tu dah letak resepi cara nak buat laksam, tapi tak sempat nak letak resepi untuk kuahnya. Tapi saya tahu yang mommies semua dah expert nak masak kuah laksa kelantan.

Resepi saya ni versi ekspress. Takde dah nak rebus ikan dan buang tulang ikan semua tu. Guna terus ikan dalam tin (sardin dalam air garam).
Saya selalu guna brand ni
Bahan-bahan:
1 tin sardin dalam air garam (in brine) --> saya guna yg tin besar, 425g
1 tin santan (brand mana2 pun tak kisah)
1 tin air
1/2 labu bawang besar/holland
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 keping asam keping
1 sudu kecil lada hitam
Garam/gula secukup rasa


Cara-cara:
1. Ikan, santan, bawang besar, bawang putih, dan halia dikisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
3. Ketukkan serai dan masukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan asam keping dan lada hitam ke dalam periuk.
5. Gaul sebati semua bahan-bahan di dalam periuk. Kalau rasa terlalu pekat, tambahkan air.
6. Bukakan api yang sederhana dan masakkan semua bahan-bahan sehingga mendidih (pastikan sentiasa kacau dari masa ke semasa).
7. Bila dah menggelegak, perasakan gula dan garam. Siap!

Bila siap, boleh dihidangkan bersama laksa atau laksam....
Sedap juga digandingkan bersama spaghetti...
Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. sedapnya tp xder mood nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kalau terliur cari jer kat pasar malam :)

      Delete
  2. Tetiba lak teringin nk buat.... Dah lama tak makan laksam dan laksa kelate ni.... Buat versi bradford leh? Haha...malas nak buang tulang ikan n malas nak keluarkan ikan dr peti sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh... cepat dan mudah... blend lepas tu biar menggelak.... senang kerja.... hihihi

      Delete
  3. Replies
    1. Takde la terror mana... tapi boleh la nak isi kat perut kami anak beranak... hihihi

      Delete
  4. aliya memang suke sgt lah laksam dgn laksa ni...kire mknn ruji dia lah ni sbb aliya tak mkn nasik...jrg sgt klu mkn nasik pun...most of the day gilir2 laksma dgn laksa atau mee. tapi umminye ni malas nak buat...beli je kat kedai...hihi;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kat teganu senang.. boleh pilih jer nak makan apa... bila duk Bradford, kena belajar la juga cara nak masak kalau nak makan :)

      Delete
  5. Hihihi.... Resepi yg terbaik bila di perantantauan..... Yummy & boley try niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2... yang penting senang dan cepat :)

      Delete
  6. Sy pun kalau buat juga tuna yg dlm tin..sama jer rsnya ngan ikan rebus..
    heheh takder taugeh tuh ..mesti kena buat taugeh jgk tuh next time..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, tuna lagi buat laksa... tu lagi kelas :)
      Anak2 tak berapa minat taugeh, sbb tu tak beli.. kalau beli, jenuh mak bapak kene habiskan.. dah la mahal... nak buat sendiri tu, setakat ni belum sampai seru.... ekekekke

      Delete
  7. bila duk ditempat sejuk, masak resepi lain skit pun tetap rasa sedapkan. aritu pi rumah cousin, makan serva serbi rasa xcukup hihi.malu kat tuan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. bila merantau, tak leh nak demand lebih.. semua sederhana jer :)

      Delete
  8. wahhh bila nk cuba ni...menggiurkn ni utk ditelan...;D

    ReplyDelete
  9. Alahai rajinnya Bijen ni..... Betul tu Bijen setakat kita yg nk makan..... Cari pasal malam ajelah.......hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena la rajin sebab Bradford takde pasar malam :)

      Delete
  10. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails